suria

Tak perlu telan ubat! Ini petua nak hilangkan angin dalam badan dengan cepat

Rasa sengal badan boleh menganggu aktiviti harian. -Gambar hiasan

MASALAH 'angin' di dalam badan boleh menyebabkan seseorang itu berasa lesu dan tidak bermaya.

Ada yang menyebutnya sebagai 'angin jahat' kerana ia membawa banyak kesan buruk pada tubuh badan.

Angin 'jahat' boleh berpunca daripada rehat yang tidak mencukupi atau badan stres kerana dipaksa bekerja lebih waktu.

Jangan risau, melalui satu perkongsian di TikTok, lelaki yang dikenali sebagai Mahadi Abdullah menjelaskan teknik urutan untuk mengeluarkan angin 'jahat' dari badan.

Teknik urutan itu menumpukan pada empat bahagian tubuh badan, ayuh kita lihat satu-persatu.

Teknik urutan pertama.

1. Urut di kawasan telapak tangan

Urut di tapak tangan anda iaitu berhampiran ibu jari, gunakan rentak urutan ke kiri dan kanan.

Teknik urutan kedua.

2. Urut di kawasan belakang telapak tangan

Urut di bahagian telapak tangan, di antara ibu jari dan jari telunjuk, gunakan rentak urutan ke kiri dan kanan.

Teknik urutan ketiga.

3. Urut di kawasan siku lengan

Urut di bahagian tengah siku lengan anda, gunakan rentak urutan ke kiri dan kanan.

Teknik urutan keempat.

4. Urut di kawasan tapak kaki

Urut di bahagian telapak kaki anda, gunakan rentak urutan ke kiri dan kanan.

Bagaimanapun harus diingatkan bahawa perkongsian ini hanya panduan alternatif.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa pegawai perubatan bagi mendapatkan rawatan jika masalah yang dialami tidak berkurangan- Mahadi Abdullah

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain