suria

Pemandangan macam ‘Haram view’ di Makkah, As-Safinaz Mardhiyyah Hotel jamin penginapan patuh syariah kategori platinium

Pemandangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari As-Safinaz@18 Lounge.

UMPAMA pakej dua dalam satu, check-in di hotel bertaraf lima bintang dan pada masa sama patuh syariah pastinya memberi kelegaan kepada umat Islam.

Di As-Safinaz Mardhiyyah Hotel & Suites, anda akan dapat menikmati penginapan mewah serta hospitaliti eksklusif tanpa perlu risau tentang aspek penyediaan makanan halalan toyyiban.

Bertempat di lokasi strategik bandar raya Shah Alam, Selangor, As-Safinaz merupakan aras istimewa di dalam kompleks Mardhiyyah Hotel & Suites iaitu di tingkat 17, 18 dan 19.

Keadaan bilik eksklusif As-Safinaz Mardhiyyah Hotel & Suites.

Baru dibuka kepada pengunjung pada Ogos, As-Safinaz menjanjikan keselesaan yang disulami nilai Islam selain hidangan seni kulinari yang menyelerakan.

Antara kelebihan utama yang ditawarkan As-Safinaz adalah ruang istirehat moden yang mempesonakan dikenali sebagai As-Safinaz@18 Lounge.

Menurut Pengarah Urusan Mardhiyyah Hotel & Suites, Datuk Seri Mohamed Rafik Mohd Idris, pengunjung As-Safinaz akan dijamin dengan penginapan hotel berkelas tinggi di samping berciri Islamik.

Pemandangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari bilik hotel.

"Kami mahu tetamu di As-Safinaz Mardhiyyah Hotel & Suites ini untuk berada di dalam suasana yang eksklusif, tenang sambil disajikan dengan pemandangan menyejukkan mata dan juga hati.

"Iaitu pemandangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, masjid negeri Selangor dan juga Taman Tasik Shah Alam yang dapat dilihat secara terus dari aras 18.

"Seolah-olah pemandangan 'Haram view' hotel-hotel di Makkah yang mana jemaah boleh menghayati keindahan Masjidil Haram dari bilik penginapan mereka," ujarnya ketika majlis pelancaran untuk aras eksklusif As-Safinaz, baru-baru ini.

Hidangan manisan yang disediakan di As-Safinaz@18 Lounge.

Sebagai makluman, As-Safinaz hanya membuka tempahan penginapan tetamu di peringkat umur 12 tahun ke atas kerana mahu mengekalkan suasana eksklusif.

Antara kemudahan lain yang ditawarkan adalah perkhidmatan daftar masuk dan daftar keluar, minuman semasa ketibaan dan daftar keluar lewat atau daftar masuk awal percuma.

Selain itu, As-Safinaz juga menawarkan diskaun 50 peratus untuk perkhidmatan dobi dan menggosok pakaian sepanjang penginapan pengunjung.

Santapan premium yang dijamin halal toyyiban.

Seterusnya tetamu As-Safinaz juga akan menerima kemudahan bar mini percuma dan hidangan kopi serta teh selain turut menyediakan hors d’ oeuveres sebelum makan malam yang disediakan bermula pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam.

Sarapan dihidangkan di di As-Safinaz@18 Lounge antara 6.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Manakala di dalam bilik hotel juga ada disediakan bakul buah-buahan segar atau kekacang berdasarkan pilihan pengunjung.

Bakul buah-buahan segar disediakan di dalam bilik hotel.

Mardhiyyah Hotel & Suites diperakui oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan melalui Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai Penginapan Mesra Muslim (MFAR) dalam kategori Platinum.

Kategori Platinum MFAR diiktiraf sebagai hotel berkonsepkan mesra Muslim dengan kelengkapan dan kemudahan patuh syariah.

Mardhiyyah Hotel & Suites yang mengetengahkan konsep pelancongan mesra Muslim juga mempunyai restoran yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Peralatan mandian lengkap disediakan di dalam tandas.

Selain itu, Mardhiyaah Hotel & Suites dinilai dan mematuhi keperluan Universal Crescent Standard Centre (UCSC) Islamic Quality Standard for Hotel dengan penarafan 7IQS.

Memenuhi kriteria untuk memiliki Muslim Chef, penasihat syariah dan jawatankuasa halal agar dapat memastikan pengetahuan halal toyyiban dalam penyediaan makanan.

Tidak dilupakan juga ia menerima pengiktirafan sebagai Hotel Terbaik Mesra Muslim di Halal in Travel Awards anjuran CrescentRating sempena dengan Halal in Travel Global Summit 2022 di Singapura..

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain