suria

Ramai keliru apakah bentuk pelaburan terbaik, pakar beri tip dan nasihat

Pelaburan harus dibuat dengan berhati-hati dan terancang -Gambar hiasan (kanan)

WANG yang dikumpullkan dari mata pencarian pastinya mahu dilaburkan di saluran kurang risiko dan menjanjikan pulangan lumayan.

Sering timbul persoalan antara pelaburan bentuk tunai, emas atau hartanah yang mana lebih kukuh pada masa akan datang?

Perlu diingat, tujuan pelaburan adalah untuk memastikan hasil pendapatan kita sekarang bertambah dan mampu membantu kewangan kita di kemudian hari.

Melalui satu perkongsian di TikTok, penasihat kewangan, Azizi Ali menjawab persoalan ini.

Diversify

Azizi Ali menasihatkan orang ramai untuk melabur dengan konsep 'diversify' iaitu ada dalam bentuk tunai, emas dan hartanah.

Pelaburan emas disyorkan ramai penasihat kewangan. -Gambar hiasan

Teknik ini akan memastikan kewangan seseorang itu kekal stabil tatkala landskap ekonomi rancak berubah.

Bagaimanapun, antara ketiga-tiga itu, yang mana satukah wajar ditumpukan untuk pelan pelaburan jangka masa panjang?

Emas dan hartanah

Jika bercakap soal pelaburan untuk 20 atau 30 tahun akan datang, Azizi Ali berkata pelaburan emas dan hartanah mempunyai prospek yang paling cerah.

"Wang tunai nilainya akan menurun kerana dibaham oleh inflasi, tapi kita masih perlukan wang tunai contohnya untuk belanja harian dan sebagai dana rizab (reserve) atau emergency fund.

"Manakala untuk emas dan hartanah, nilainya bukan saja akan bertahan tetapi kedua-dua pelaburan ini nilainya akan meningkat pada hari-hari yang akan datang.

"Boleh bertahan 20 hingga 30 tahun dan malah boleh jadi lebih lama. Oleh itu, terus-menerus melabur dalam emas fizikal dan hartanah," jelas Azizi Ali. - Azizi Ali

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain