suria

5 soalan tergempar mungkin ditanya imam kepada bakal pengantin lelaki, salah satunya tentang darah haid

Seseorang itu haruslah bersedia dari segenap aspek sebelum melangsungkan perkahwinan. -Gambar hiasan (kanan)

PERKAHWINAN untuk pasangan Muslim perlu melalui prosedur-prosedur yang sudah ditetapkan.

Antaranya mendapatkan borang permohonan kebenaran berkahwin yang disediakan Pejabat Agama Islam Daerah.

Selepas borang permohonan kebenaran berkahwin itu lengkap diisi, pasangan lelaki perlu mendapatkan cop dan tandatangan daripada pihak pentadbiran masjid atau surau kariah.

Melangsungkan perkahwinan pastinya satu momen yang mendebarkan. -Gambar hiasan

Namun tahukah anda, imam atau nazir suatu masjid itu kebiasaannya akan bertanyakan beberapa soalan cepumas sebelum memberikan sokongan kepada borang permohonan kebenaran berkahwin tersebut.

Soalan cepumas itu bertujuan untuk menguji jika anda sebagai lelaki sudah bersedia untuk memimpin rumah tangga yang bakal dibina.

Melalui satu perkongsian di TikTok, seorang pegawai masjid dikenali sebagai Firdaus berkongsikan beberapa soalan 'tergempar' yang sering diajukannya.

Ayuh kita lihat satu-persatu supaya anda boleh bersedia dan tidak berasa cemas ketika berada dalam situasi sedemikian.

Mengikat tali perkahwinan memerlukan kesabaran yang tinggi. -Gambar hiasan

1) Dua kalimah syahadah

Anda akan diminta untuk mengucap dua kalimah syahadah berserta maknanya dalam Bahasa Melayu.

2) Surah al-Fatihah

Anda akan diajak untuk membacakan surah al-Fatihah dan pegawai masjid akan menyemak bacaan anda.

Menurut Firdaus, kebolehan untuk membaca surah al-Fatihah dengan lancar adalah sangat penting kerana ia adalah sebahagian daripada rukun solat.

Perkahwinan bahagia apabila berlandaskan agama. -Gambar hiasan

3) Surah-surah lazim

Selain surah al-Fatihah, anda juga akan diminta untuk memilih beberapa surah pendek seperti 3 Qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas dan membacakannya.

Tambah Firdaus, suami akan menjadi imam kepada isteri dan disyorkan untuk menghafal surah-surah lazim mengikut kemampuan.

4) Rukun Islam, rukun iman dan rukun solat

Sebagai seorang Muslim, anda wajar untuk mengetahui tiga rukun ini.

Lebih-lebih lagi apabila anda hendak menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.

Seseorang itu haruslah berpengetahuan apabila hendak memasuki alam rumah tangga. -Gambar hiasan

5) Tempoh haid wanita

Seorang lelaki yang bakal bergelar suami harus mangambil tahu tentang tempoh haid normal untuk seorang perempuan mengikut mazhab al-Syafie.

Tempoh haid yang normal adalah dalam dua hingga tujuh hari, jika berpanjangan ia mungkin adalah darah istihadah atau darah penyakit.

Selain itu, anda juga boleh ditanyakan tentang jenis-jenis darah yang keluar dari rahim seorang wanita seperti darah haid, nifas dan wiladah.

Darah nifas merupakan darah yang dikeluarkan sewaktu bersalin atau ketika berlakunya keguguran.

Darah wiladah pula adalah darah yang keluar selepas bersalin, iaitu sebaik sahaja rahim dikosongkan. - Firdaus

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain