SALAH satu tip untuk sesebuah rumah tangga kekal harmoni dan bahagia adalah dengan menghargai pasangan masing-masing. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menunjukkan penghargaan kepada pasangan, sama ada dengan pemberian hadiah, bercuti bersama-sama atau sekadar memberi kad ucapan sebagai tanda ingatan. Besar atau kecil, mahal atau murah sesuatu pemberian bukanlah ukuran, yang penting adalah kesungguhan atau effort yang ditunjukkan untuk menghargai satu sama lain. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Baru-baru ini tular satu video di TikTok memaparkan sepasang suami isteri yang saling bertukar-tukar hadiah sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Apa yang menariknya, pasangan berkenaan menetapkan peraturan di mana hadiah yang diberikan mestilah di bawah bajet RM100 bagi setiap seorang. ARTIKEL BERKAITAN: Wang bukan segala-galanya... ketahui tip mencipta bahagia dalam melayari perkahwinan ARTIKEL BERKAITAN: Tak susah dapatkan kehidupan berkualiti, 6 cara mudah ini mampu jadikan diri anda sihat dan bahagia Video tersebut membuatkan rata-rata warga maya tersentuh dengan kesederhanaan yang dipamerkan malah turut melahirkan rasa kagum melihat pasangan berkenaan mengekspresikan rasa sayang antara satu sama lain. Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Saidatul Athirah itu berkata, idea untuk bertukar-tukar hadiah sempena ulang tahun perkahwinan itu dicetuskan oleh suaminya. Hadiah yang ditukar antara Saidatul dan suaminya. "Ulang tahun perkahwinan kami yang sebelum-sebelum ini selalunya diraikan dengan makan-makan atau berjalan. Lebih kepada menghabiskan masa bersama-sama. "Tapi bila nampak video ada pasangan bertukar hadiah dekat TikTok, suami beri idea untuk buat benda yang sama sempena anniversary perkahwinan kami yang ke-4 baru-baru ini. "Cuma kami buat bajet hadiah RM100 dan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu di bawah RM15, RM20 hingga RM35 dan RM45 hingga RM50. Bermakna tiga hadiah untuk setiap seorang. "Tarikh anniversary kami jatuh pada 31 Ogos... awal bulan Ogos lagi, suami dah beri cadangan. Suami yang lebih excited, malah dia yang cari hadiah lebih awal untuk diberikan kepada saya," katanya. Sekecil apa pun, contohnya bila isteri masak, hargailah dia dengan pujian atau komen positif. SAIDATUL ATHIRAH Empat tahun melayari bahtera perkahwinan yang diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki berusia dua tahun, dia yang senang disapa sebagai Saidatul berkata, dia dan suami sentiasa menunjukkan penghargaan antara satu sama lain, sama ada dalam bentuk hadiah ataupun sekadar ungkapan pujian. "Saya bukanlah orang yang layak memberikan tip rumah tangga kerana usia perkahwinan kami baru empat tahun. Alhamdulillah, terima kasih kepada warga maya yang beri komen positif apabila lihat video tersebut. "Ada yang komen, inilah yang dikatakan 'spark' dalam rumah tangga. Tak dinafikan, mungkin ada pasangan yang mula hilang 'spark' bila sudah bertahun-tahun kahwin. "Apa yang boleh saya kongsikan, mulakan dengan menghargai pasangan masing-masing. Sekecil apa pun, contohnya bila isteri masak, hargailah dia dengan pujian atau komen positif. "Selebihnya, perlulah ada sikap bertolak ansur, saling mempercayai antara satu sama lain, buang sikap ego dan sentiasa berkomunikasi. Jangan pendam jika ada perkara nak diluahkan," katanya yang merupakan seorang guru tadika. Ulang tahun perkahwinan yang disambut secara sederhana di rumah pada tahun 2021. Tidak menyangka perkongsiannya meraih lebih 424,000 jumlah tontonan, Saidatul melahirkan rasa terharu kerana video berkenaan secara tidak langsung memberikan impak positif kepada pasangan lain. "Saya seorang yang suka merakam video kerana mahu mengabadikan kenangan manis untuk tatapan masa akan datang. Tak sangka video ini boleh blow up. "Terharu apabila membaca komen-komen yang positif semuanya. Saya gembira apabila video tersebut dapat menyampaikan mesej kepada orang lain untuk sentiasa menghargai pasangan masing-masing," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube