suria

Tak jadi nak cantas pokok kaduk, rupanya penawar pelbagai penyakit... Lega sangat dapat tahu petua ini

Salah satu khasiat kaduk adalah ia mampu melegakan sembelit.

KEBANYAKAN tumbuhan yang hidup subur di sekeliling rumah kita biasanya boleh dipetik untuk dijadikan ulam mahupun digunakan dalam masakan.

Namun tanpa kita ketahui, khasiat satu-satu jenis tumbuhan tersebut terlalu banyak terutama untuk kesihatan dan kecantikan.

Salah satunya daun kaduk yang biasanya direbus untuk dijadikan ulam ataupun dipotong halus untuk dicampur di dalam kerabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jeragat semakin banyak? Kenal pasti dulu 5 punca, kemudian cuba buat masker dan toner guna ubi kentang

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu keluarkan banyak duit! Ubi kentang antara 5 bahan dapat hilangkan parut

Rupa-rupanya, daun kaduk mempunyai pelbagai manfaat untuk merawat pelbagai jenis penyakit sebagaimana perkongsian oleh Arie Lazim di laman Facebook.

Berikut adalah sembilan manfaat daun kaduk dan cara menyediakan ramuannya:

1) Melawaskan kencing

2) Merawat demam malaria

3) Melegakan selsema

4) Melegakan sakit pinggang dan sengal tulang

5) Meredakan sakit gigi.

6) Melegakan masalah sembelit

kaduk 2

Sakit gigi boleh membuatkan seseorang hilang mood sepanjang hari -Gambar hiasan

Untuk keenam-enam penyakit di atas, cara penyediaan ramuannya adalah seperti berikut:

- Ambil satu dahan pokok kaduk termasuk akarnya.

- Bersihkan keseluruhan pokok tersebut.

- Rebus kesemuanya sehingga mendidih.

- Biarkan air rebusan tadi menjadi suam dan diminum perlahan-lahan.

7) Merawat cacing dalam perut

- Ambil beberapa helai daun kaduk segar, bersihkan dan ramas-ramas daun tersebut. Campurkan daun yang diramas itu ke dalam sebaldi air. Gunakan sebagai mandian

batuk selsema

Batuk dan selsema adakalanya bukan hanya disebabkan oleh faktor cuaca, tetapi jangkitan daripada individu lain. -Gambar hiasan

8) Melegakan batuk

- Ambil beberapa helai daun kaduk dan bersihkannya. Kisarkan dengan sedikit air dan sapukan pada bahagian leher.

9) Menghilangkan panau

- Ambil beberapa helai daun kaduk dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian, sapukan pada kawasan tubuh badan yang berpanau.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain