KEPUTIHAN adalah perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita. Ia merupakan cecair atau lendir yang keluar dari faraj. Keputihan yang normal biasanya jernih atau putih dan tidak ada sebarang bau. Tekstur dan jumlah yang keluar mungkin berbeza-beza, kadang-kadang ia tidak pekat dan berair, dan ada kalanya melekit serta banyak. ARTIKEL BERKAITAN: Tak selesa faraj berbau, segera lakukan ini... Rebus sampai menggelegak, berendam dalam besen ARTIKEL BERKAITAN: Rimas ‘cik bunga’ bau tak sedap? Cuba buat sendiri air rendaman di rumah, guna 3 bahan je... Masalah keputihan pun hilang Namun perlu diperhatikan sebarang perubahan pada aliran, warna, serta bau keputihan kerana anda mungkin tidak menyedari bahawa ia adalah tanda-tanda keputihan yang tidak normal. Kebanyakan wanita jarang membincangkan topik ini kerana malu berkongsi kebimbangan peribadi. Jom sama-sama peka dan ambil tahu mengenai ‘Miss V’ supaya kita dapat mengelakkan situasi kesihatan yang lebih teruk. Menurut laman The Asian Parent, tedapat sembilan jenis keputihan yang dialami wanita: 1) Keputihan kering Juga dikenali sebagai hari kering, keputihan yang dialami akan bertekstur kering, melekit dan menyukarkan penembusan semasa seks. Vulva akan rasa kering dan ini biasanya berlaku semasa tempoh anda tidak subur iaitu 7 hari sebelum dan selepas kitaran haid. Peluang untuk hamil semasa tempoh ini juga sangat tipis, walaupun tidak menggunakan perancang. 2) Keputihan bak krim Apabila tahap estrogen dalam badan bertambah, rahim akan menghasilkan keputihan yang lebih cair dan vulva mungkin akan rasa melekit ataupun basah. Tempoh ini biasanya di antara hari ketujuh atau hari kesebelas, jika anda mempunyai kitaran 28 hari. Keputihan ini lebih nipis dan hanya boleh menghalang sperma lemah dari memasuki rahim. Sesetengah wanita tidak menyedari keputihan yang dialaminya tidak normal. -Gambar hiasan 3) Keputihan seperti putih telur Berlaku apabila semakin dekat dengan tempoh ovulasi. Ini adalah tanda ovulasi yang baik dan berlaku antara 12 dan 16 hari dalam kitaran 28 hari. Jika anda sedang berusaha untuk hamil, ini adalah masa yang baik untuk bersama pasangan! 4) Keputihan warna putih Ini adalah antara jenis keputihan wanita yang normal dan boleh dilihat pada awal atau akhir kitaran haid bulanan. Bagaimanapun, jika teksturnya seperti lendir tebal seakan keju dan ada rasa gatal-gatal, ada kemungkinan ia adalah jangkitan yis. Tanda-tanda jangkitan yang lain termasuklah bau busuk, sakit punggung dan gatal-gatal yang teruk atau tidak selesa. 5) Keputihan yang licin Beberapa hari sebelum ovulasi, keputihan berubah menjadi licin. Mukus serviks akan menjadi kurang pekat dan menjadi lebih licin. Kalau nak tahu, hari terakhir keputihan normal ini sebenarnya adalah hari paling subur dalam bulan itu. Ia kerana hari terakhir sebelum telur dilepaskan dan keputihan yang dikeluarkan semasa tempoh subur ini sangat kaya dengan kalium. 6) Keputihan jernih dan sangat cair Keputihan jenis ini boleh berlaku pada bila-bila masa. Keputihan ini adalah normal dan sering kelihatan selepas anda melakukan senaman yang berat. 7) Keputihan warna perang atau sedikit berdarah Sebaik saja haid berakhir, anda mungkin mengalami keputihan yang berwarna perang. Jadi jangan risau. Jika anda telah melakukan hubungan seks tanpa perancang dan mengalami keputihan berwarna perang, ini mungkin tanda kehamilan. Tapi untuk wanita yang sudah putus haid ini mungkin tanda kanser serviks. Lakukan ujian Pap Smear tahunan untuk mengelak keraguan itu. Segeralah bertemu dengan doktor sakit puan jika mengalami simptom yang tidak normal. -Gambar hiasan 8) Keputihan warna kuning Ini berkemungkinan tanda jangkitan. Keputihan kuning ini biasanya tebal dan berbau busuk. Ia juga tanda trichomoniasis, iaitu sejenis penyakit kelamin. Kebanyakan wanita yang sedang mengalami jangkitan klamidia atau gonorrhea tidak akan menunjukkan tanda-tanda kecuali keputihan berwarna kuning. Jadi segeralah berjumpa dengan doktor. 9) Keputihan warna hijau Ini juga antara jenis-jenis keputihan wanita yang tidak normal dan biasanya tanda jangkitan dalaman yang serius. Sekiranya ia disertai dengan bau busuk, ia juga tanda penyakit trichomoniasis. Anda perlu berjumpa pakar wanita dengan segera jika anda mengalaminya. Kesimpulannya, sebagai tuan punya tubuh, pekalah terhadap sebarang perubahan yang berlaku pada diri sendiri. Ingat, malu hanya akan membuatkan anda rugi. Cegahlah sebelum parah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube