suria

Sedapnya sambal hitam belimbing buluh! Tapi tak sangka rupanya buah masam ini boleh jadi penawar kanser

Belimbing buluh menjadi remedi untuk pelbagai penyakit.

TUMBUH merimbun di dahan, namun ramai yang tidak mengendahkan buah belimbing buluh kerana rasanya yang sangat masam jika dimakan begitu sahaja.

Kebiasaannya, belimbing buluh akan dijadikan 'regu' dalam masakan seperti masak lemak atau gulai.

Sementara itu, buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap masakan dan juga dicampur ke dalam sambal belacan.

belimbing 1

Tidak hanya buahnya bermanfaat, daun belimbing buluh dijadikan penawar untuk masalah jaundis serta melicinkan kulit wajah. -Gambar hiasan

Paling popular, belimbing buluh 'diburu' ramai untuk dibuat sambal hitam yang terkenal di Pahang.

Namun tahukah anda, buah yang juga dikenali sebagai belimbing asam ini mempunyai banyak khasiat terutama sebagai penawar kepada beberapa penyakit.

Perkara itu dikongsikan bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Anim Hosnan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jeragat semakin banyak? Kenal pasti dulu 5 punca, kemudian cuba buat masker dan toner guna ubi kentang

Berikut adalah manfaat belimbing buluh:

1) Jus buah belimbing buluh dikatakan berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan masalah pitam

2) Daun belimbing buluh yang digiling halus mampu melicinkan kulit muka, mengatasi masalah jerawat dan panau dengan cara melumurkan ke wajah

3) Meredakan sakit gigi, caranya makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam

4) Air rebusan belimbing buluh segar dapat menjadi penawar kepada masalah batuk

5) Merawat masalah kuning pada bayi, caranya mandikan dengan air rebusan daun belimbing

6) Merawat barah, caranya potong nipis belimbing buluh dan masukkan ke dalam gelas. Tuangkan air panas, minum setiap hari sekurang-kurangnya sekali.

sambal hitam

Belimbing buluh menjadi bahan utama dalam pembuatan sambal hitam. -Gambar hiasan

Sementara itu, Pakar Motivasi Kesihatan dan Kesejahteraan terkenal, Dr Noordin Darus (DND) turut berkongsi khasiat belimbing buluh yang dapat mengubati penyakit berikut:

- Gastrik

- Ulser dalam perut

- Jangkitan kuman

- Imuniti rendah

- Rhuematism

- Sakit tulang

- Sembelit

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain