KERACUNAN makanan akan berlaku berlaku tanpa dijangka. Adakalanya tabiat gemar menikmati makanan dari luar yang tidak dapat dipastikan kebersihannya menyumbang kepada faktor seseorang mendapat penyakit keracunan makanan. Ia mungkin berlaku kerana cara penyajian makanan yang tidak bersih, peralatan kotor ataupun bahan dalam masakan sudah lama sehingga tercemar. Mereka yang diserang keracunan makanan biasanya akan mengalami simptom seperti muntah, cirit-birit atau kedua-duanya sekali. ARTIKEL BERKAITAN: Tak kisah kutip makanan atas lantai? Ketahui risikonya jika masih amalkan ‘5 second rule’ Memang seksa kalau alami kedua-dua simptom tersebut.... boleh lembik jadinya! Semestinya rawatan utama adalah dengan mengunjungi klinik atau hospital. Cara penyajian makanan yang tidak bersih juga menjadi punca keracunan makanan. -Gambar hiasan Namun dalam kes tertentu jika berlaku kecemasan dan secara kebetulan berada jauh dari fasiliti kesihatan, boleh cuba kaedah rawatan tradisional buat sementara waktu, sebagaimana perkongsian seorang pengguna Facebook, Mohd Salleh Mazukhi. Menurutnya, petua-petua tersebut diamalkan orang-orang tua dahulu untuk menjadi penawar keracunan makanan: 1) Minum air kelapa muda kerana ia bersifat penawar nyahtoksik. 2) Tumbuk arang, bancuh dengan air dan minum. Arang (karbon) juga menyerap toksik kerana ia bersifat nyahtoksik 3) Rebus akar pokok lemba dan minum airnya. Akar tumbuhan ini juga bersifat nyahtoksik. 4) Goreng beras tanpa minyak ataupun sangai, tumbuk dalam lesung dan bancuh dengan air. Kemudian minum. Ia juga bersifat nyahtoksik InsyaAllah sedikit sebanyak dapat membantu meredakan sakit. Selamat mencuba Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube