SALAH satu perkara yang menghantui kaum Adam adalah mengalami masalah disfungsi erektil atau mati pucuk. Terdapat kajian yang mendedahkan bahawa pengambilan makanan atau minuman tertentu yang disarankan boleh mengatasi masalah seksual lelaki yang satu ini seperti bayam, aprikot, cili, lobak merah, oat, tomato dan sebagainya. Namun, kajian pakar dari Chemist Click iaitu farmasi yang berpangkalan di United Kingdom (UK), mungkin mampu melegakan golongan yang berdepan dengan masalah ini. Menurut ahli farmasi Abbas Kanani, selain pengambilan makanan yang dinyatakan di atas, menikmati kopi juga berupaya mengatasi masalah mati pucuk. Menurut beliau, kafien yang merupakan perangsang semulajadi yang terdapat di dalam kopi, bertindak sebagai vasodilator pada badan. Tabiat merokok juga menyumbang kepada masalah seksual lelaki. -Gambar hiasan Atau dalam erti kata lain, ia membantu melegakan dan melebarkan saluran darah. "Aliran darah yang dipertingkatkan ke tisu zakar adalah penting untuk mencapai dan mengekalkan ereksi," jelas Abbas. ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tak tahu, cili antara 7 makanan untuk mantapkan 'kejantanan' lelaki! ARTIKEL BERKAITAN: Zakar tak cukup tegang? Ini 10 makanan terbaik agar ereksi tahan lama, padu dalam 30 hari Secawan kopi biasa menyediakan sekitar 80 - 100 mg kafein, tetapi ia bergantung kepada faktor yang mempengaruhi kandungan kafein seperti kaedah membancuh, jenis biji kopi dan jumlah serbuk kopi yang digunakan seseorang. Di sebalik manfaat tersebut, beliau menasihatkan supaya minuman berkafein termasuk kopi, teh dan minuman tenaga hendaklah sentiasa diambil secara sederhana. "Terlalu banyak kafein boleh menyebabkan kegelisahan, menggeletar, degupan jantung yang cepat atau tidak teratur, sakit kepala, kerengsaan dan insomnia," ujarnya. Golongan Adam disaran untuk menurunkan berat badan sebagai pendekatan semula jadi mengatasi masalah berkaitan seksual. -Gambar hiasan Dalam pada itu, portal Hellodoctor mencadangkan beberapa pendekatan secara semula jadi untuk kaum Adam dalam mengatasi masalah berkaitan seksual iaitu: 1) Menurunkan berat badan - Elakkan daripada mengambil makanan tidak berkhasiat dan tingkatkan kekerapan melakukan aktiviti fizikal 2) Hadkan kadar pengambilan alkohol – Jika anda mengambil minuman beralkohol, cuba kurangkan atau berhenti mengambilnya serta-merta. Dapatkan bantuan profesional jika mengalami kesukaran berkaitan dengannya 3) Berhenti merokok – Tabiat merokok adalah punca kepada pelbagai jenis masalah kesihatan termasuklah kanser. Jika sukar, dapatkan bantuan profesional 4) Kaunseling – Jika anda mengalami stres yang keterlaluan, dapatkan bantuan kaunseling untuk menguruskan tahap stres dengan lebih efektif 5) Kawal penyakit kronik – Jika anda didiagnosis dengan penyakit kronik seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi, ambil ubat dan kawal simptom bagi penyakit tersebut Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube