ISU bebanan kos sara hidup merupakan antara kebimbangan utama rakyat di negara ini terutama golongan berpendapatan rendah (B40). Rakyat yang sudah sedia terbeban dan tertekan ekoran kesan pandemik Covid-19, terus berdepan dengan kos sara hidup lebih tinggi ketika ini apabila harga barangan mula naik sedikit demi sedikit. Bercakap soal kos sara hidup, ia sangat berkait rapat dengan taraf hidup. Kos sara hidup ialah kos yang terpaksa ditanggung oleh isi rumah merangkumi keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan, pengangkutan, bayaran pinjaman dan lain-lain. Sementara itu, taraf hidup pula mengukur perbandingan antara pendapatan yang diperoleh dengan kos sara hidup. ARTIKEL BERKAITAN: Jaya Grocer GrabMart tawar Jualan Rahmah sambut seruan kerajaan! Belanja RM18 boleh pesan 3 hidangan dengan Pakej Rahmah melalui GrabFood Sekiranya pendapatan berada pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan kos sara hidup, maka taraf hidup seseorang dikategorikan sebagai merosot. Menyedari tekanan yang dihadapi rakyat terutama golongan B40, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, menangani kos sara hidup secara tuntas dan menyeluruh merupakan usaha berterusan yang dilakukan oleh kerajaan ketika ini. Program Analisis TV Al Hijrah, ‘Kos Sara Hidup: Rakyat Terbeban, Sampai Bila Harga Barang Nak Naik?’ yang menampilkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh dan Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mustazar Mansur. "Kami di KPDN mempunyai tiga cabang utama. Pertamanya, perdagangan dalam negeri, keduanya pendayaupayaan pengguna dan penguatkuasaan. Penguatkuasaan ini menjaga harga barang, kita turun padang. Sekarang ini ditambah pula cabang kos sara hidup. "Salah satu langkah semasa yang dilaksanakan kerajaan adalah Jualan Rahmah (di bawah inisiatif Payung Rahmah). Terdapat tiga Jualan Rahmah, pertamanya di premis private tanpa subsidi kerajaan. Mereka menawarkan potongan harga 10 hingga 30 peratus, sedikit-sebanyak membantu rakyat. "Kedua, di luar premis. Kita buat di dewan, kita pergi kepada rakyat. Model terkini yang dilancarkan pada Jun lalu iaitu Jualan Rahmah Bergerak. Lori masuk ke kampung, ke kawasan penempatan golongan B40. "Maklum balas daripada orang ramai, Alhamdulillah ia sangat membantu. Kita juga baru berbincang bagaimana beras yang mahal untuk golongan B40 diberi subsidi menerusi jualan rahmah," katanya ketika program Analisis TV Al Hijrah ‘Kos Sara Hidup: Rakyat Terbeban, Sampai Bila Harga Barang Nak Naik?’, baru-baru ini. Selain Jualan Rahmah, terdapat beberapa langkah lain yang dilaksanakan kerajaan di bawah inisiatif Payung Rahmah, yang memfokuskan untuk meringankan beban golongan B40. Antaranya adalah Menu Rahmah yang mendapat sokongan lebih 2,900 restoran dan kedai makan, selain Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menawarkan Menu Rahmah Siswa di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada harga RM3.50 setiap hidangan. Jualan Rahmah Bergerak adalah inisiatif jualan di penempatan golongan B40. –Gambar Raja Faisal Hishan Selain itu, inisiatif lain yang diperkenalkan adalah Kad Insentif Menu Rahmah melalui kerjasama beberapa pasaraya utama; Pakej Rahmah merangkumi hotel, auto serta takaful; dan Bakul Rahmah yang diedarkan kepada keluarga sasaran. Dalam usaha menangani isu kos sara hidup dengan lebih berkesan, Fuziah berkata kerajaan turut membentuk Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Jelasnya, fungsi NACCOL adalah merangka dasar dan strategi, serta pelan tindakan untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat, selain menyelaras pelaksanaan dasar dan program daripada pelbagai kementerian dan agensi bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat. "NACCOL ini harus tumbuh taring... ini yang kita sedang buat, asah taring NACCOL supaya ia boleh panggil kementerian lain dan minta kementerian membincangkan satu-satu perkara. "Sekarang ada 10 kementerian dalam NACCOL. Kalau taring tajam, lagi banyak yang NACCOL boleh lakukan," ujarnya. Selain Fuziah, program tersebut turut menampilkan Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mustazar Mansur. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube