suria

Suami sanggup ‘puasa’ 9 bulan? Ini 6 perkara penting tentang seks ketika hamil yang perlu anda tahu

Wanita perlu diberi lebih perhatian semasa kehamilan. -Gambar hiasan

TOPIK tentang seks masih lagi tabu dalam kalangan masyarakat kita, namun ia perlu dibincangkan demi keharmonian rumah tangga.

Contohnya, ada wanita yang takut untuk melakukan hubungan intim selepas dimomokkan dengan kisah pendarahan, risiko keguguran dan sebagainya.

Berikut merupakan soalan-soalan lazim yang sering dibangkitkan mengenai topik seks ketika hamil:

1. Adakah wajar melakukan hubungan intim semasa hamil?

Bayi anda yang sedang berkembang dilindungi oleh cecair amniotik di dalam rahim serta otot rahim yang kuat itu sendiri. Aktiviti seksual tidak akan menjejaskan bayi selagi anda tidak mengalami komplikasi seperti kelahiran pramatang atau masalah plasenta. Walau bagaimanapun, kehamilan boleh menyebabkan perubahan dalam tahap keselesaan dan keinginan seksual anda.

2. Benarkah hubungan intim semasa mengandung boleh menyebabkan keguguran?

Melakukan hubungan intim semasa mengandung tidak akan mencetuskan keguguran. Kebanyakan keguguran berlaku kerana janin tidak berkembang secara normal.

file6tvsxgm0dci1449x72jr

Seks merupakan salah satu elemen penting dalam hubungan suami isteri. - Gambar hiasan

3. Apakah posisi seks terbaik untuk ibu mengandung?

Selagi anda selesa, kebanyakan posisi seksual adalah okay semasa hamil. Seks oral juga selamat semasa mengandung.

Rujuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai hukum seks oral.

4. Adakah selamat untuk melakukan hubungan seks sekiranya suami terkena jangkitan seksual?

Mengalami jangkitan seksual semasa kehamilan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius untuk anda dan bayi. Elakkan seks jika pasangan anda mempunyai jangkitan seksual yang aktif atau baru didiagnosis.

5. Bila ibu mengandung perlu mengelak untuk melakukan hubungan seks?

Elak hubungan intim sekiranya anda mengalami pendarahan faraj yang tidak dapat dijelaskan atau selepas air ketuban pecah. Selain itu, elakkan seks apabila serviks anda mula terbuka lebih awal (ketidakcekapan serviks). Anda juga dinasihati agar menjauhi seks sekiranya mempunyai sejarah kelahiran pramatang atau kelahiran pramatang

6. Bagaimana jika wanita tidak mahu melakukan hubungan intim ketika hamil?

Tidak mengapa. Terdapat banyak cara untuk mencari keseronokan dalam keintiman selain daripada seks. Kongsi keperluan dan kebimbangan anda dengan pasangan dengan cara yang terbuka dan penuh kasih sayang. Jika seks sukar, tidak menarik atau di luar had, cuba peluk, cium atau urut. - Mayo Clinic.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain