suria

Jangan buat 3 perkara ini kalau nak pinggul seksi macam Kim Kardashian! Jika berterusan boleh cedera

Teknik tujahan pinggul perlu betul bagi mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.

KEBANYAKAN wanita pasti mengidamkan bentuk pinggul yang menawan seperti artis antarabangsa Kim Kardashian.

Malah sesetengahnya akan berasa lebih yakin untuk berada di khalayak ramai apabila memiliki bentuk badan idaman.

Maka tidak hairanlah apabila ramai yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membuat rawatan berkaitan termasuk pengambilan suplemen tambahan.

Bagi anda yang ingin menjimatkan kos, senaman tujahan pinggul adalah langkah terbaik boleh dilakukan.

Memetik laporan Metro.co.uk, senaman tujahan pinggul seperti yang ditunjukkan jurulatih peribadi, Ali Malik ini akan memberi pengaktifan paling banyak pada glute atau otot terkuat berbanding senaman lain.

Jurulatih peribadi, Ali Malik menunjukkan cara sebenar melakukan tujahan pinggul.

Jurulatih peribadi, Ali Malik menunjukkan cara sebenar melakukan tujahan pinggul.

"Menggabungkan pergerakan senaman ke dalam rutin harian juga dapat memberi manfaat kepada bahagian bawah pinggul anda.

"Pada masa sama ia dapat membantu mencegah sakit pada bahagian bawah belakang kerana senaman tujahan pinggul yang dilakukan membina kekuatan serta penstabilan sekali gus menghasilkan badan yang lebih sihat dan bebas kesakitan," katanya.

Pun begitu, ramai yang tersalah teknik ketika melakukan tujahan pinggul sekali gus menyukarkan bentuk badan idaman terhasil.

Ini tiga larangan yang perlu anda ketahui sebelum memulakan senaman tujahan pinggul:

Meninggikan pinggul lebih daripada bahagian atas membuatkan tulang belakang anda sakit.

Meninggikan pinggul lebih daripada bahagian atas membuatkan tulang belakang anda sakit.

1. Tidak melakukan tujahan pinggul seperti papan

Ini bukan sahaja menghilangkan penekanan pada otot glute tetapi turut memberi tekanan pada bahagian bawah belakang anda.

Awas jika anda sering melakukan ini kerana ia boleh meningkatkan risiko kecederaan.

2. Angkat pinggul terlalu tinggi

Ini berlaku apabila individu mengangkat pinggul mereka terlalu tinggi dari bahagian atas semasa pergerakan senaman dilakukan.

Situasi lebih memburuk apabila anda melengkungkan pinggul bawah secara berlebihan.

3. Meletakkan kepala secara kasar pada kerusi senaman

Tindakan ini akan menyebabkan bahagian atas tulang belakang anda melengkung seterusnya diikuti keseluruhan tulang berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain