suria

Malu payudara geleber? Lelaki kaki gim kena hati-hati ambil steroid, banyak kesan sampingan

Pengambilan steroid antara punca berlakunya payudara besar pada lelaki. -Gambar hiasan

BARU-BARU ini didedahkan tentang sejumlah besar lelaki, antara 40 peratus hingga 60 peratus mengalami pembesaran payudara (ginekomastia).

Mana tidaknya, ia berlaku disebabkan perubahan hormon dan perkembangan tisu kelenjar secara berlebihan atas beberapa faktor tertentu.

Kebanyakannya berlaku terhadap golongan lelaki yang berusia kerana penghasilan testosteron pada tubuh mereka berkurang sekali gus membuatkannya lebih cenderung mengalami pertumbuhan tisu payudara yang berlebihan.

AERIKEL BERKAITAN: Berjalan atau gimnasium?... Mana satu jadi pilihan nak turunkan berat badan

Bagi golongan lelaki muda pula, pembesaran payudara adalah disebabkan penggunaan steroid seterusnya mencetuskan ketidakseimbangan hormon yang mengakibatkan ginekomastia.

Ia berikutan steroid anabolik yang diambil ditukar kepada estrogen dalam badan.

Obesiti antara punca payudara lelaki besar

Obesiti antara punca payudara lelaki besar

Kebanyakan yang berhadapan masalah ini adalah mereka yang merupakan 'kaki gim'.

Disebabkan itu, terdapat peningkatan permintaan untuk pembedahan bagi menghilangkan 'payudara' mereka.

Malah data baharu mendapati, pembedahan dada lelaki adalah prosedur kosmetik yang paling mendapat permintaan pada tahun lepas sekali gus mengatasi pembedahan seperti facelift dan pembuangan lemak.

Menurut laporan Daily Star, klinik kosmetik di London Karidis merekodkan jumlah pertanyaan bagi pembedahan tersebut adalah 352 peratus bagi tempoh April 2022 hingga 2023 dengan 45.26 peratus berminat untuk melakukannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain