PENYAKIT kencing manis atau diabetes adalah satu masalah kesihatan kronik yang merosakkan keupayaan tubuh untuk memproses glukosa darah atau juga dikenali sebagai gula darah. Ia berpunca daripada kegagalan tubuh untuk menghasilkan insulin yang cukup atau tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan. Jika anda berhadapan situasi seumpama itu, cuba amalkan pengambilan jus delima dalam minuman seharian. Menurut pakar otak dan kesihatan, Dr Rizal Abu Bakar, dengan mengamalkannya, anda dapat mencegah diabetes tahap II. "Ambil buah delima setiap hari atau jus delima dengan serat biji dikisar. Ia juga bagus untuk sistem imun dan mengawal tekanan darah. "Pada masa sama dapat membantu melancarkan pembuangan di samping menjadikan kulit berseri tanpa cela dan mencerahkan kesan parut," katanya. Jus delima dapat membantu mencegah diabetes tahap dua. Cara penyediaan: 1. 1 biji oren 2. 2 sudu besar goji beri 3. 3/4 sudu teh parutan kulit oren 4. 3/4 cawan jus delima 5. 2 cawan susu badam 6. Secubit serbuk kulit kayu manis 7. Kisar kesemua bahan dan sedia untuk di minum. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube