suria

Patutlah ahli keluarga sering tak sihat... Rupanya selama ini salah teknik flush tandas di rumah

Flush perlu dilakukan dalam keadaan penutup mangkuk tandas ditutup.

SEDAR atau tidak, masalah kesihatan sebenarnya ada yang berpunca daripada rutin harian.

Bagi anda yang berkerjaya atau sering menghabiskan masa di luar rumah, mungkin ia dipengaruhi oleh persekitaran.

Namun sekiranya anda suri rumah atau melakukan kerja secara online, barangkali masalah yang dialami berpunca dari dalam rumah.

Malah ia cenderung untuk menyumbang kepada risiko kesihatan tersembunyi.

Menutup jamban sebelum menekan flush dapat mengelakkan bakteria dan virus daripada 'terpercik' ke atas.

Menutup mangkuk tandas sebelum menekan flush dapat mengelakkan bakteria dan virus daripada 'terpercik' ke atas.

Jadi perhatikan diri anda dan seluruh ahli keluarga, jika sering demam, mungkin masalah itu datang daripada penggunaan tandas yang tidak betul.

Menurut pegawai perubatan Dr Nazreen Nain, rutin di tandas antara punca utama anak-anak mengalami demam.

Berkongsi tip, beliau menyatakan sebelum menyimbah (flush), penutup tandas perlulah ditutup terlebih dahulu.

Memetik laporan saintis, ujarnya, percikan air atau aerosol dari lubang tandas setinggi dua meter akan berlaku apabila flush ditekan ketika penutup terbuka.

Malah ia lebih tinggi berbanding ketinggian biasa lelaki dewasa.

Percikan air dari lubang tandas ini pula akan membawa kuman, bakteria dan virus termasuklah najis baharu ke dalam rongga badan anda.

Ia sekali gus mengakibatkan penyakit dan masalah kesihatan kepada anda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain