suria

Amalkan makan bawang mentah... Anda pasti teruja kulit wajah semakin tegang, tidak lagi kusam

Bawang merah mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan.

MAKAN bawang merah secara mentah pastinya sukar dilakukan kerana sayuran ini menghasilkan rasa dan bau yang kurang menyenangkan.

Namun bahan ini mengandungi pelbagai khasiat antaranya vitamin C dan antioksida yang membantu membaiki kulit, menghilangkan kedutan dan juga pengukuhan kolagen.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak wajah lebih ‘glowing’ tanpa cela? Minum jus saderi setiap hari, berat pun boleh turun

Pengambilannya secara berterusan dapat meremajakan wajah di samping memberi kesegaran kepada kulit dengan lebih efektif.

Selain itu, bawang juga mengandungi unsur seperti vitamin C, quercetin dan flavonoid yang boleh membantu meningkatkan kesihatan kulit.

Bawang merah merupakan bahan utama dalam setiap masakan.

Bawang merah merupakan bahan utama dalam setiap masakan.

Sebagai contoh, vitamin C, sebagai antioksidan, menghalang penuaan pramatang dan kekeringan dengan mengurangkan pengeluaran radikal bebas dalam kulit.

Kuersetin dan flavonoid dalam bawang boleh bertindak sebagai anti-radang dan melindungi kulit daripada keradangan yang disebabkan oleh faktor luaran.

Sama ada dimasak atau dimakan mentah, anda pasti akan mendapat khasiat daripadanya.

Oleh itu, bawang dikenali sebagai salah satu bahan semulajadi terbaik untuk memperbaiki dan mencantikkan kulit selain bersifat antibakteria, antiseptik dan anti-radang.

Jadi apa tunggu lagi, cubalah nikmati jus bawang untuk mendapatkan kulit yang sihat tanpa cela dan anti keradangan. - Delgarm

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain