MANFAAT cuka epal sering dikongsikan sehingga ramai yang teruja untuk mengambilnya setiap hari, terutama mereka yang ingin tampil langsing dan menawan. Bagi penghidap diabetes, pengambilan cuka epal dapat membantu menstabilkan gula dalam darah sekali gus merawat masalah kesihatan yang dialami. Namun, kesilapan dalam pengambilan dan amalan harian boleh memudaratkan serta mencederakan usus seperti keradangan kerana sifat cuka epal yang berasid. Anda yang ingin mengamalkannya perlu mengikut nasihat pakar yang dikongsikan dalam Okezone ini ya. Cuka epal turut memberi kesan kepada wanita menyusu dan hamil. -Gambar hiasan 1. Wanita hamil dan menyusu Golongan ini perlu berhati-hati jika ingin mengamalkan cuka epal dalam diet seharian. Jika diambil berlebihan, ia akan menyebabkan kadar potasium yang lebih rendah sekali gus mengakibatkan masalah kesihatan jantung. Diabetes antara masalah kesihatan utama yang dialami masyarakat. -Gambar hiasan 2. Penghidap diabetes Mereka yang menggunakan insulin atau ubat untuk menurunkan paras gula perlu sentiasa memantau kadar gula dalam darah. Ini kerana cuka epal dapat membantu menurunkan gula dalam darah dengan cepat. Gangguan pencernaan membuatkan penghidapnya sukar melakukan aktiviti dengan selesa. -Gambar hiasan 3. Alami gangguan pencernaan Mereka yang mengalami sakit ulu hati atau rasa panas dan terbakar di bahagian atas perut mahupun sering berasa kembung cenderung berasa tidak selesa selepas mengambil cuka epal. Awas! Keadaan kesihatan anda mungkin akan menjadi lebih buruk. Bagi anda yang ingin mengamalkannya dan menikmati 'manfaat', cubalah satu hingga dua sudu makan sahaja. Pengambilan berlebihan akan meningkatkan risiko untuk kesan sampingan seperti rasa tidak selesa dalam perut selain turut mempengaruhi enamel gigi atau membuatkan gigi anda cepat reput. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube