suria

Hotel, homestay penuh? Jangan rosakkan mood cuti, ini 5 aktiviti best boleh buat bersama keluarga

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama anak-anak. -Gambar hiasan

CUTI persekolahan sememangnya ditunggu-tunggu oleh murid kerana mereka tidak perlu melalui rutin harian di sekolah yang padat.

Ibu dan bapa juga berpeluang menghabiskan cuti tahunan yang masih berbaki seterusnya meluangkan masa bersama anak-anak.

Bagi yang tidak sempat merancang program percutian ke lokasi popular dan tumpuan ramai, apa kata anda lakukan lima aktiviti menarik ini bersama anak-anak seperti yang disyorkan guru Maktab Rendah Sains Mara Taiping, Perak, Mohd Shahid Ahmad di laman Facebook.

Bukan sahaja memberikan pengalaman berbeza kepada mereka, malah turut merangsang perkembangan minda dan fizikal.

memasak

1. Memasak atau membuat kuih

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, umat Islam akan meraikan Syawal.

Jadi, cuti sekolah ini adalah masa terbaik untuk anda berlatih membuat dan membakar kuih serta biskut raya kegemaran seisi keluarga.

Boleh juga sediakan snek atau kuih muih untuk minum petang atau masakan istimewa seperti steamboat. Pasti riuh!

hiking

2. Berjoging atau mendaki

Anda yang gemarkan sukan lasak tapi versi santai, bolehlah mencuba aktiviti pendakian di bukit-bukit rendah atau hutan kecil seperti Bukit Nanas di Kuala Lumpur.

Anak-anak juga boleh menghirup udara yang segar dan mengenali tumbuh-tumbuhan sekitar.

Jangan lupa ajarkan tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan kesihatan diri juga.

Anak-anak pasti gembira apabila boleh melakukan pelbagai jenis eksperimen di rumah. -Gambar hiasan

3. Eksperimen Sains

Tak perlu lakukan eksperimen besar-besar macam saintis, cukup sekadar mengajar anak anda cara untuk DIY lampu buatan sendiri.

Boleh juga ajarkan anak-anak tentang kesan campuran campuran serbuk penaik dan cuka atau menggunakan apa-apa bahan yang ada di rumah.

berkebun

4. Berkebun

Mungkin anak-anak akan merasakan aktiviti ini tidak menarik, tetapi selepas melihat sendiri hasil tanaman yang dilakukan, pasti mereka akan lebih teruja dan bersungguh-sungguh.

Pada masa sama, ia merupakan aktiviti menarik untuk anak anda mengeluarkan peluh dan mendapat vitamin D secara langsung dari matahari.

Paling penting, mereka akan kurang kebergantungan pada gajet.

movie

5. Tonton filem

Apa kata anda marathon drama atau filem menarik yang diterbitkan sepanjang tahun ini.

Anak-anak pasti berasa gembira kerana dapat menghabiskan masa bersama ibu dan ayah.

Boleh juga jadikan aktiviti ini sebagai 'reward' selepas anak-anak membantu anda mengemas rumah atau melakukan gotong-royong perdana bersama keluarga. Ayah pun boleh berjimat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain