suria

Ini akibat bermain pasir di pantai, bukan alergi! Ambil tahu bahaya cacing parasit

Keadaan anggota badan yang dijangkiti cacing parasit. -Gambar TikTok Dr Qarafi

PANTAI merupakan lokasi riadah yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti berkelah, bermain bola tampar pantai mahupun mandi laut dan menanam kaki dalam pasir.

Meskipun destinasi impian itu dilihat tempat selamat, namun, anda perlu lebih berhati-hati kerana ada bahaya yang menanti.

Menerusi perkongsian di laman TikTok, pegawai kesihatan di Klinik Kesihatan Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang, Dr Mohd Qarafi Mohd Ridhuan Tee mendedahkan seorang pesakit mengalami gatal-gatal di badan selepas bermain di pantai.

Laluan cacing parasit akan kelihatan kemerahan. -Gambar TikTok Dr Qarafi

Laluan cacing parasit akan kelihatan kemerahan. -Gambar TikTok Dr Qarafi

“Pada awalnya, dia beranggapan kulit gatal yang dialami adalah perkara biasa seperti alergi kepada pasir atau tersalah makan.

“Tapi keadaan yang dialaminya itu semakin teruk sehingga terjadinya blister atau kulit melepuh. Bimbang masalah yang dialami, dia terus mendapatkan rawatan,” ujarnya.

Katanya, susulan daripada itu, pesakit tersebut didiagnos mengalami cultaneous larva mirgans atau CLM.

Kesan melepuh akan kelihatan sekiranya tidak dirawat. -Gambar TikTok Dr Qarafi

Kesan melepuh akan kelihatan sekiranya tidak dirawat. -Gambar TikTok Dr Qarafi

“CLM adalah sejenis jangkitan parasit ular atau cacing yang hanya ditemui di kawasan berpasir ataupun tanah yang mempunyai najis haiwan.

“Kebiasaannya cacing ini adalah intensil kucing atau anjing. Kalau anda in contact dengan bekas tempat najis tersebut, cacing berkenaan mungkin boleh masuk ke kulit,” jelasnya.

Tambah beliau, cacing parasit hanya boleh menembusi kulit dan kesannya dapat dilihat pada permukaan kulit.

“Parasit berkenaan hanya akan ditemui di hujung laluan yang dibuatnya itu dan tempat yang sering ditemui adalah anggota badan yang terdedah pada pasir ataupun tanah.

“Bagaimanapun larva ini boleh mati sendiri dalam tempoh lima hingga enam minggu sahaja. Jika tidak mati, anda boleh mengambil ubat-ubatan bersesuaian,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain