suria

Dah kemas tapi rumah masih nampak berserabut? Cuba ikut 3 teknik susun atur ini, pasti puas hati

Rumah boleh menjadi kemas dengan mengikuti petua ini.

RUMAH yang kemas dan teratur pasti akan membuatkan penghuninya berasa tenang serta selesa.

Namun, ada kalanya, kita mungkin tertanya-tanya apakah cara terbaik untuk menyusun atur rumah tanpa membebankan diri.

Sebenarnya caranya cukup mudah! Anda hanya perlu mengikuti tip ini yang dikongsikan oleh Sri Hartini menerusi laman TikTok.

Ayuh kita lihat!

1) Kaunter yang kosong

Menurut Sri Hartini, aspek utama untuk rumah yang sedap mata memandang adalah mengosongkan bahagian atas meja, almari dan rak daripada segala barang yang tidak penting.

Prinsipnya adalah 'less is more', elakkan daripada membiarkan barangan seperti kunci kereta, surat, kotak bungkusan dan sebagainya bersepah di atas meja.

Sebaliknya letakkannya di tempat yang tersembunyi tetapi senang untuk dicapai apabila diperlukan.

Apabila bahagian atas meja anda kosong, ia akan membantu menenangkan minda berbanding kediaman yang berserabut dengan bermacam barang.

Ruangan di bawah katil.

2) 'Korbankan' barang

Penyebab utama yang menyebabkan rumah anda menjadi 'tongkang pecah' adalah amalan 'hoarding' iaitu rasa sayang kepada barang-barang lama.

'Lepaskan' dan lupuskan barangan tersebut sekiranya tidak lagi diperlukan dalam kehidupan harian anda, berpegang kepada nostalgia hanya akan membuatkan minda berserabut.

Selain itu, barang sedemikian juga akan mengumpul habuk apabila ditinggalkan dalam tempoh yang lama.

3) Jangan simpan barang di bawah sofa atau katil

Ramai berpendapat dengan menyimpan barang di bawah katil, ia boleh memaksimumkan ruang di dalam rumah.

Sebenarnya salah, cara ini membawa lebih banyak mudarat daripada kebaikan, antaranya habuk dan kotoran senang terkumpul.

Sekiranya hendak dibersihkan menggunakan penyapu atau penyedut hampagas juga sukar kerana adanya barang-barangan tersebut.

Seterusnya, ia juga boleh menjadi sarang kepada serangga dan haiwan perosak seperti lipas dan cicak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain