ANTARA bahan mentah yang wajib ada di dapur adalah cili kerana rakyat Malaysia memang suka kepada masakan pedas. Tetapi selalu terjadi situasi cili yang dibeli didapati rosak apabila hendak digunakan. Jangan risau, @awangdapur ada membuat perkongsian di laman TikTok tentang cara penyimpanan cili agar dapat bertahan lama. Untuk pengetahuan anda, cara ini sesuai untuk sebarang jenis cili seperti cili padi dan cili hidup. Teknik untuk menyimpan cili yang dikongsikan @awangdapur. Langkah-langkah: 1) Cabut terlebih dahulu tangkai cili. 2) Setelah semua dicabut, basuh dengan air bersih cili-cili tersebut. Pastikan anda basuh dengan sempurna. 3) Selepas ia betul-betul kering, letak dalam sebuah bekas yang dilapik dengan sehelai tisu. 4) Akhir sekali dan yang paling penting, di dalam bekas yang sama, masukkan bawang putih yang telah dikupas kulitnya. 5) Bawang putih ini bertindak sebagai agen anti-bakteria untuk melindungi cili anda. Selepas ini, sudah tiada masalah cili cepat rosak. Selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube