suria

Boleh tarik kulit macam selaput, bentuk kekal cantik! Ini cara mudah kupas bawang ramai tak tahu

Terdapat tip untuk mengupas kulit bawang dengan lebih mudah.

MUNGKIN ada antara kita yang menganggap atktiviti di dapur sebagai sesuatu yang leceh, terutama ketika menyediakan bahan sebelum memasak.

Antara tugas yang paling malas untuk dilakukan di dapur adalah mengupas bawang walaupun ia tidaklah sesukar mana.

Namun tidak dinafikan mata boleh pedih ketika bawang dikupas dan kerja mengupas memerlukan ketelitian kerana kulit bawang sangat nipis.

Jangan risau, melalui perkongsian @awangdapur di laman TikTok, didedahkan satu kaeda yang dikatakan berkesan dan dapat membantu memudahkan tugas mengupas bawang.

Langkah-langkah:

1) Ambil satu mangkuk, masukkan semua bawang.

2) Siram dengan air yang mendidih sehingga terendam kesemua bawang.

3) Tunggu beberapa minit. Buang air di dalam mangkuk tadi.

4) Tak perlu keringkan, boleh terus potong bahagian atas dan bawah bawang.

5) Kini bahagian kulit akan lebih mudah dipisah daripada bawang. Malah boleh ditarik dan keseluruhan kulit bawang akan terus tercabut seperti selaput.

Cara ini akan menjadikan proses memasak menjadi lebih mudah dan cepat.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain