suria

Sudip lama nampak macam baharu! Rupanya ini rahsia cuci perkakas kayu di dapur

Teknik untuk membersihkan peralatan dapur yang berasaskan kayu.

SETIAP dapur di rumah pasti mempunyai peralatan memasak yang diperbuat daripada kayu seperti senduk, sudip dan papan pemotong.

Jika anda perhatikan, peralatan memasak sebegini akan menjadi kotor berbelak selepas digunakan untuk tempoh yang lama.

Ia tidak boleh dibersihkan dengan cara biasa walaupun anda cuba menyental sekuat mungkin, malah rendaman semalaman juga tidak akan membuahkan hasil.

Jangan risau, melalui perkongsian Awang Dapur di laman TikTok, didedahkan kaedah istimewa untuk membersihkan peralatan dapur yang berasaskan kayu.

Ayuh kita lihat!

Bahan-bahan:

1) Minyak zaitun atau minyak kelapa

Petua yang dikongsikan Awang Dapur.

Langkah-langkah:

1) Basuh senduk atau sudip kayu seperti biasa. Kemudian biarkan ia kering terlebih dahulu.

2) Seterusnya tuang minyak zaitun atau minyak kelapa pada sudip dan ratakan ke setiap bahagian dengan menggunakan tisu.

3) Biarkan selama empat hingga 12 jam sehingga kering.

4) Lap lebihan minyak yang terdapat pada senduk menggunakan tisu kering.

Teknik ini boleh dilakukan sekali untuk setiap tiga atau enam bulan bagi mendapatkan semula warna senduk yang asal.

Sudu atau papan pemotong jenis kayu juga boleh dicuci menggunakan cara sama.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain