suria

Cara betul simpan santan agar tahan lama, dalam ‘freezer’ pun tak beku... Boleh terus guna bila-bila masa

Cara untuk menyimpan santan agar tidak beku.

SANTAN adalah bahan yang diperlukan dalam banyak masakan tempatan khususnya citarasa Melayu.

Jadi sudah menjadi kebiasaan untuk kita membeli santan dalam kuantiti yang banyak dan menyimpannya sebagai stok di dalam peti sejuk.

Tiba masa hendak digunakan, ia perlu diletakkan sebentar di luar pada suhu bilik untuk dinyahbekukan.

Tapi tahukah anda kita boleh menjimatkan masa agar tidak perlu menunggu lama sebelum santan boleh digunakan?

Menerusi Facebook, Nur Aida Md Zainuddin berkongsi satu petua untuk memastikan santan tidak beku apabila disimpan di dalam peti ais.

Senang, boleh digunakan terus untuk memasak, tak perlu tunggu-tunggu lagi.

Balutan surat khabar bertindak sebagai penebat.

Langkah-langkah:

1) Sediakan kertas atau surat khabar, kemudian basahkan.

Balut santan dengan kertas atau surat khabar basah untuk beberapa lapisan. Lagi tebal lagi bagus.

3) Apabila tiba masa untuk digunakan, buka balutan surat khabar. Anda akan perasan hanya surat khabar itu yang beku dan santan masih dalam bentuk cecair.

4) Kini santan tersebut sudah sedia untuk digunakan bagi tujuan memasak!

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain