suria

Mulut anda berbau ketika berpuasa? Ada 4 cara pencegahan yang boleh dicuba

Memberus gigi dengan betul boleh menghalang nafas berbau sepanjang berpuasa. -Gambar hiasan

MULUT berbau semasa berpuasa adalah perkara normal dan hampir semua orang akan mengalaminya.

Situasi ini berlaku disebabkan disebabkan oleh bakteria yang membiak di dalam mulut.

Bakteria akan tumbuh dan hidup dengan baik dalam keadaan mulut yang kurang bersih.

Ini berlaku akibat terdapat lebihan makanan atau minuman yang tidak dibersihkan dengan betul selepas bersahur.

Menurut Hello Doktor, mulut berbau semasa berpuasa juga mungkin berlaku disebabkan faktor kekeringan air liur kerana ia merupakan bahan pencuci dan pembilas mulut semula jadi.

file7dql4akyonc1fzf605vl

Minum air putih sewaktu sahur untuk memastikan nafas kekal segar. -Gambar hiasan

Air liur 'bekerja' dengan membersihkan lebihan makanan dan minuman yang tersimpan pada gigi, gusi, lidah dan kerongkong.

Disebabkan kita ditegah untuk makan dan minum semasa sedang berpuasa, sudah pasti air liur akan kering lantas menyebabkan lebihan makanan dan minuman tersimpan dalam mulut.

Kesannya, bakteria akan tumbuh lalu membuatkan mulut berbau semasa berpuasa.

Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan bau mulut dengan berkesan:

1. Memberus gigi dengan betul

Seperti kebiasaan, anda perlu memberus gigi setiap kali selepas makan dan sebelum tidur. Jadi, itulah yang wajar dilakukan.

Jangan sesekali lupa untuk memberus gigi selepas bersahur dan berbuka serta sebelum tidur malam.

Paling penting, amalkan teknik memberus gigi dari atas ke bawah bukannya dari kiri ke kanan.

2. Gunakan flos dan ubat kumur

Gunakan flos untuk menarik lebihan makanan terutamanya carikan daging dan ayam pada celah-celah gigi.

Kemudian, bilas mulut anda dengan menggunakan ubat kumur. Penggunaan ubat kumur berperisa pudina adalah sangat disyorkan.

Patient receive dental treatment at one of the dental clinic at Rawang. Story on dental health. — FAIHAN GHANI/The Star

Sebaiknya dapatkan rawatan pergigian sebelum Ramadan. -Gambar hiasan

3. Minum air putih

Bukan sahaja bagus untuk hilangkan mulut berbau semasa berpuasa, malahan ia juga adalah baik untuk kesihatan tubuh kita secara total.

Oleh itu, ambillah air putih semasa bersahur dan berbuka untuk bau mulut yang lebih segar dan badan yang lebih sihat.

4. Dapatkan rawatan gigi

Sebaiknya, sila berjumpa doktor gigi sebelum tiba bulan puasa.

Ini kerana terdapat beberapa kondisi kesihatan yang akan menyebabkan mulut anda berbau ketika berpuasa dan memerlukan rawatan pakar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain