DAPUR merupakan ruangan paling mudah untuk memerangkap pelbagai bau-bauan yang kurang menyenangkan. Selain campuran aroma masakan, dapur juga boleh bertukar busuk jika penghuni gagal menguruskan sisa dengan cara yang betul. Jika tidak mahu membeli bahan pewangi, sebenarnya ada cara lain yang boleh dilakukan untuk mengekalkan kesegaran dapur secara semula jadi. 1. Buat pewangi sendiri Rebus air bersama hirisan lemon dan kulit kayu manis. Selepas disejukkan, boleh masukkan air rebusan itu di dalam botor semburan. Anda boleh menyembur air rebusan itu di kawasan dapur untuk membangkitkan aroma semula jadi yang segar. 2. Tanaman herba Tanaman herba dalam pasu bukan sahaja menambah elemen kehijauan di dapur, malah ia juga membawa bau yang segar dan harum. Dapur yang tidak dibersihkan akan bertukar kotor dan berbau. -Gambar hiasan Antara yang sesuai untuk ditanam adalah pokok basil dan rosemary. 3. Uruskan sisa dengan baik Salah satu cara untuk mengelakkan bau busuk di dapur adalah dengan memastikan tiada sampah yang dibiarkan sepanjang hari. Jadikan sebagai amalan untuk membuang sampah atau sisa secara kerap. Pastikan dapur anda bebas sampah sebelum masuk tidur setiap malam. Dengan cara ini, kehadiran lipas, tikus dan semut juga boleh dielakkan. 4. Potpourri Potpourri adalah pewangi yang terbuat dari campuran berbagai macam buah, bunga, ataupun tanaman yang sudah dikeringkan. Jika memiliki jambangan bunga, jangan dibuang! Ia boleh dibuat sebagai pewangi ruang bilik mahupun dapur. Caranya juga mudah - campurkan bunga kering dengan kulit limau, bunga cengkih dan kayu manis. Nah! Baunya akan tersebar di seluruh dapur anda. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube