suria

Wanita kongsi petua mujarab legakan batuk, sakit tekak guna garam bukit... Kumur-kumur dah sembuh!

Kumur air garam bukit untuk melegakan batuk dan sakit tekak.

SEORANG pengguna Facebook dikenali sebagai Leha Yusuf berkongsi petua yang dikatakan mampu merawat batuk dan sakit tekak.

Menurutnya, petua itu senang untuk diamalkan memandangkan ia hanya memerlukan dua bahan sahaja iaitu garam bukit dan air suam.

"Simple dan Insya-Allah berkesan hanya guna garam sahaja. Ambil satu sudu teh garam, masukkan dalam segelas air suam.

"Kacau sebati. Kumur air garam tu sebanyak tiga kali sehari. Batuk akan beransur baik dengan cepat," kongsinya di Facebook.

Menurut wanita itu lagi, garam bukit juga mempunyai banyak khasiat lain, antaranya:

1. Membantu proses penghadaman

Garam bukit dapat membantu mereka yang mempunyai masalah sistem penghadaman.

Young Asian boy wear a mask to young girl to protect virus and pollution.

Batuk berpanjangan boleh mengganggu aktiviti seharian. -Gambar hiasan

2. Membantu penyerapan mineral dalam badan

Selain kandungan garam (sodium chloride), garam bukit turut mengandungi mineral surih yang bermanfaat untuk badan seperti kalsium, zat besi, kalium, magnesium, tembaga dan lain-lain lagi.

3. Melegakan masalah saluran pernafasan - Garam bukit turut membantu mereka yang mempunyai masalah seperti sakit kerongkong, kerongkong bengkak, batuk kering dan tonsil

4. Kesihatan kulit

Menariknya lagi, garam bukit bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

5. Baik untuk rambut

Garam bukit juga bagus untuk kesihatan rambut. Sifatnya yang membersih dan boleh mengelupas boleh dimanfaatkan bersama-sama syampu untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dan kotoran pada rambut.

6. Berguna untuk melegakan kekejangan otot juga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain