LEBIH kurang seminggu lagi umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Bagi ibu bapa yang pertama kali mahu melatih anak-anak mereka berpuasa, mStar kongsikan tujuh tip berguna yang boleh anda amalkan. Diharap dengan perkongsian ini, proses si cilik anda yang mahu berpuasa dapat berjalan lancar dan berjaya. 1. Terangkan maksud sebenar puasa Selain mengajar anak untuk menahan lapar dan dahaga, ibu bapa perlu memberi kefahaman kepada anak-anak tentang ibadah puasa. Antaranya, ceritakan kepada anak-anak tentang sejarah puasa, tujuan puasa serta kisah-kisah berkaitan nabi. 2. Latih anak dengan rutin baharu Kanak-kanak perlu diajar untuk berpuasa secara berperingkat. Jangan terlalu memaksa anak-anak jika mereka tidak tahan untuk berpuasa. Anak-anak perlu diberi makanan berkhasiat supaya mereka kekal bertenaga di bulan puasa. -Gambar hiasan Sebaiknya, biasakan mereka dengan rutin bulan puasa sekurang-kurangnya seminggu lebih awal supaya mereka lebih bersedia. Contohnya, ubah waktu makan malam mengikut waktu berbuka puasa supaya mereka tidak terkejut dengan perubahan jadual pada bulan Ramadan. 3. Rehat dan makanan berkhasiat Tenaga sangat penting pada bulan puasa. Sebaiknya, latih anak tidur awal ketika Ramadan supanya mereka tidak mengantuk untuk bangun sahur. Selain itu, anda juga boleh meminta anak-anak untuk tidur sebentar pada waktu siang bagi memulihkan tenaga mereka sementara menanti waktu berbuka. Anak juga perlu diberi makanan yang berkhasiat dan sesuai agar tubuh mereka dapat menahan lapar sepanjang berpuasa. 4. Buat aktiviti menyeronokkan Menjadi lumrah biasa si cilik akan mengadu lapar ketika berpuasa. Untuk mengalih perhatian mereka, sediakan aktiviti menarik yang tidak terlalu menggunakan tenaga. Bawa anak-anak ke bazar Ramadan supaya mereka lebih seronok untuk berpuasa. -Gambar hiasan Contohnya aktiviti dalam rumah seperti Monopoly, permainan video atau mewarna. Selain itu, anda juga boleh mengajak anak-anak untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Mereka pastinya gembira diberikan kepercayaan dalam menyediakan hidangan dan menghidangkan juadah untuk seisi keluarga. 5. Tawarkan ganjaran Ramai ibu bapa beranggapan ganjaran ini hanya terhad kepada wang semata-mata. Ini sebenarnya pandangan yang salah. Tidak salah sekiranya anda mahu memberi wang atau upah kepada anak yang berpuasa, tapi banyak juga cara lain untuk anda menghargai usaha mereka. Contohnya, berjanji untuk membeli baju raya kepada si cilik atau bawa berjalan-jalan ke bazar Ramadan untuk membeli makanan kegemaran mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube