AKTIVITI kecergasan tidak sepatutnya dihentikan ketika bulan Ramadan. Senaman di gim, larian di taman, berbasikal di jalan raya atau apa sahaja aktiviti masih boleh dilakukan ketika anda berpuasa. Namun bagi mengelakkan kehilangan tenaga yang banyak serta dehidrasi, terdapat beberapa perkara yang anda perlu anda ambil kira. 1. Cara masa yang sesuai Semasa Ramadan, sesetengah orang mendapati lebih baik untuk mereka bersenam sebelum masuknya waktu berbuka puasa. Dengan cara ini, mereka dapat memulihkan tenaga dengan cepat selepas melakukan senaman. Elak bersenam ketika cuaca panas pada bulan Ramadan. -Gambar hiasan Selain itu, ramai juga yang gemar bersenam di antara waktu berbuka hingga sahur, khususnya selepas menunaikan solat sunat tarawih. 2. Gandakan pengambilan air Kekurangan air akan menyebabkan aktiviti senaman menjadi lebih sukar. Pastikan diri anda terhidrat dengan baik di antara waktu berbuka puasa dan sahur. Satu tip mudah, simpan sebotol air bersama anda dan minum dengan kerap sepanjang tempoh berbuka hingga sahur. Ramai yang memilih untuk bersenam selepas waktu berbuka. -Gambar hiasan Ini akan memastikan anda terhidrat dengan baik sebelum meneruskan puasa pada hari seterusnya. 3. Kenali tanda-tanda dehidrasi Jika anda pening kepala, keletihan, loya, kekejangan otot atau degupan jantung laju, sebaiknya batalkan hasrat untuk bersenam bagi mengelakkan sebarang risiko terhadap kesihatan diri. Untuk mengelakkan hal ini, pastikan anda tidak bersenam ketika cuaca panas melampau. 4. Pilih makanan yang betul Bagi mengekalkan tenaga berpanjangan untuk berpuasa dan melakukan aktiviti kecergasan, anda perlu memilih makanan yang tepat ketika berbuka puasa dan bersahur. Kombinasi makanan serat tinggi, berkanji dan sumber protein yang berkualiti adalah perkara paling penting semasa Ramadan. Antara yang boleh anda amalkan adalah oat, kentang, sayur, kekacang dan buah-buahan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube