BANYAK menu berasaskan daging yang boleh kita masak sepanjang Ramadan. Antaranya daging masak kicap, rendang daging, singgang daging dan macam-macam lagi. Namun, cabaran utama yang perlu dihadapi adalah proses melembutkan daging beku yang mengambil masa panjang. Di Facebook, tular perkongsian seorang individu dikenali sebagai Mahamidah Hamdan atau Cikgu Ida mengenai petua melembutkan daging yang diamalkannya. Jika bosan dengan lauk ikan atau ayam, apa kata cuba menu berasaskan daging semasa Ramadan. Menurutnya, petua berkenaan hanya menggunakan satu bahan sahaja iaitu minyak masak. Cara-caranya: 1. Masukkan dua sudu minyak masak dalam kuali. Panaskan minyak. 2. Masukkan daging. 3. Air akan keluar sendiri daripada daging. Guna api yang kuat. 4. Kacau daging sekali-sekala dalam kuali. Masak sampai air kering. 5. Dah hampir kering air daging barulah kacau banyak kali. 6. Bila air dah kering maka lembutlah daging tadi. 7. Kemudian bolehlah angkat daging dan masak ikut cita rasa. Menurut Cikgu Ida, daging yang dimasak menggunakan petua ini akan menjadi empuk dengan mudah, malah teksturnya juga sangat lembut. Selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube