KESAN hangus atau kehitaman biasanya dapat dilihat pada kuali yang kerap digunakan untuk memasak. Biasanya kita akan menyental kuali menggunakan dawai besi, namun cara ini akan meninggalkan kesan calar pada permukaannya. Di TikTok, seorang individu dikenali sebagai Simba Memory berkongsi petua mudah untuk membersihkan kesan hangit pada kuali atau periuk. Kaedah cucian itu menggunakan beberapa bahan mudah seperti air gas, cuka, garam dan cecair pencuci. Campur Coca Cola, cuka, garam dan pencuci pinggan untuk membersihkan kesan hangus pada kuali. Cara-cara: 1. Tuangkan 200ml air gas (Coca Cola) ke dalam bekas. 2. Kemudian tuang 100ml cuka dapur. 3. Seterusnya masukkan dua sudu besar garam. 4. Akhir sekali tambahkan satu sudu cecair pencuci pinggan. 5. Kacau semua bahan itu dan tuangkan ke atas permukaan kuali. 6. Biarkan selama 10 minit. 7. Selepas itu, gosok kuali menggunakan span kasar. Dengan cara mudah ini, kuali hangus anda akan berkilat kembali dan tiada kesan calar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube