SEMASA berpuasa, ramai yang turut mengadu berat badan mereka bertambah. Hal ini menimbulkan kekeliruan kerana ibadah puasa memerlukan seseorang itu tidak makan atau minum selama lebih kurang 14 jam. Jika hal ini berlaku, mungkin terdapat kesilapan dalam tabiat dan corak pemakanan anda semasa berpuasa. Apakah pencetusnya? Pakar perubatan Hospital Abdi Waluyo, Indonesia iaitu Dr Yuhana Fitra berkata, agak ramai yang biasanya ‘membalas dendam’ selepas tidak makan atau minum sepanjang hari ketika berpuasa. Akibatnya, mereka makan segala yang terhidang, sama ada makanan bergoreng, minuman manis dan macam-macam menu lagi dalam kuantiti yang banyak. Berpada-pada membeli di bazar Ramadan bagi mengelakkan berlaku kenaikan berat badan. -Gambar hiasan Tambah Dr Yuhana, agak ramai juga yang 'gila' dan segera mengambil karbohidrat dalam kuantiti yang banyak ketika berbuka. Saranan Dr Yuhana mengesyorkan agar kita mengambil makanan berkhasiat, seimbang dan mengelakkan makanan yang tinggi karbohidrat. Sekiranya anda ingin mengambil karbohidrat, anda harus makan makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, seperti beras perang dan gandum. Jangan lupa mengambil protein, seperti tauhu, tempe dan daging serta makanan yang mengandungi lemak sihat seperti salmon, avocado dan minyak zaitun. "Dan akhir sekali, jangan lupa tentang serat sayuran, tambah cecair. Kadang-kadang kita minum teh atau kopi manis. "Sebaik-baiknya elakkan kafein supaya cecair yang diambil adalah air bagi menggantikan cecair badan yang hilang pada siang hari. "Jika kita mengambil makanan seimbang nutrisi, ia akan mengambil masa lebih lama untuk diproses, rasa kenyang akan bertahan lebih lama supaya kita lebih cenderung untuk kurang makan," ujarnya lagi. - Detik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube