APA yang anda akan lakukan selepas bersahur? Sesetengah daripada kita akan memilih untuk tidur, namun ramai juga yang terus memulakan aktiviti harian selepas bersahur. Selain menunaikan solat Subuh dan mengaji al-Quran, banyak lagi aktiviti lain yang boleh anda lakukan pada waktu itu. Antaranya melakukan senaman ringan, mengemas rumah, menonton televisyen, melayari laman sosial atau menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh. Ramai juga yang tertanya-tanya, bolehkah kita tidur selepas bersahur? Bagaimana pula kesannya terhadap kesihatan? Jawapan Ternyata tabiat tidur selepas bersahur tidak digalakkan kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan penghadaman dan paras gula dalam badan. Menurut Sleep Foundation, terdapat beberapa kesan tidur selepas sahur yang boleh dialami, seperti: 1. Meningkatkan risiko refluks asid, menyebabkan ketidakselesaan, loya, dan rasa pedih di bahagian dada. 2. Menurunkan kualiti tidur sehingga anda tidak tidur lena dan mudah terjaga. 3. Meningkatkan risiko untuk mengalami pertambahan berat badan dan obesiti. 4. Meningkatkan paras gula dalam badan. Sebagai langkah berjaga-jaga, anda dinasihatkan supaya tidak tidur segera, sekurang-kurangnya dua hingga empat jam selepas bersahur. - Kompas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube