suria

Jangan terus urut, elak sapu minyak panas! Ini panduan penting anda perlu tahu jika terseliuh

Tuam kaki yang terseliuh dengan ais untuk mengurangkan radang dan kesakitan. -Gambar hiasan

MALANG tidak berbau.

Jika berlaku kemalangan atau tersilap langkah ketika melakukan sesuatu, kita boleh terseliuh sehingga sukar untuk menggerakkan anggota badan.

Pada kebiasaannya, ramai yang akan mengalami seliuh pada bahagian kaki atau tangan.

Menurut Public Health Malaysia, kita tidak sepatutnya terus mengurut bahagian yang terseliuh.

Malah, kita juga tidak digalakkan untuk menyapu minyak panas walaupun amalan itu begitu popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

"Jika anda alami sebarang kecederaan melibatkan tisu dan sendi (terseliuh), kalau boleh, elakkan mengurut terlalu awal dan menyapu minyak panas.

"Ia akan akibatkan radang menjadi bertambah serius dan semakin sakit. Sekali gus memperlahankan proses penyembuhan," ciap Public Health menerusi X.

Her ankle was swollen when she tried to run away.

Kaki merupakan bahagian badan yang berisiko untuk terseliuh. -Gambar hiasan

Langkah yang disarankan

1. Berehat - Kurangkan pergerakan dan beban pada kecederaan.

2. Ais batu - Tuam dengan ais batu selama 20 minit, kemudian berehat. Lakukan rutin ini setiap jam dalam tempoh 48 jam. Ia dapat mengurangkan radang dan kesakitan. Tetapi elakkan meletakkan ais secara berterusan, ia akan menggangu peredaran darah dan boleh akibatkan frostbite.

3. Compress atau balut - Balut secara ringan dengan kain bandage yang elastik. Jangan terlalu ketat.

4. Tinggikan bahagian yang tercedera - Bahagian badan yang terseliuh perlu diletakkan di tempat yang lebih tinggi seperti atas kerusi dan timbunan bantal.

Jika kesakitan semakin serius, anda seharusnya mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain