suria

Rahsia tenaga luar biasa, lelaki umur lebih setengah abad telan cicak hidup! Pastikan cuci dulu sebelum makan

Sommai menelan cicak hutan secara hidup-hidup untuk meningkatkan prestasi seksualnya.

HUBUNGAN kelamin yang berkualiti merupakan salah satu kunci kebahagiaan dalam rumah tangga.

Malah, para suami di seluruh dunia mempunyai amalan tersendiri untuk meningkatkan kekuatan seksual mereka.

Terbaharu, seorang lelaki dikenali sebagai Sommai, 59, meraih perhatian ramai kerana memakan cicak hidup untuk meningkatkan prestasi di ranjang.

Memetik Thaiger, Sommai berkata dia menggantikan pengambilan ubat kuat seperti Viagra dengan memakan cicak hidup.

Malah, dia yang menetap di wilayah Chantaburi ini sanggup pergi ke kampung halamannya di wilayah Trat untuk mencari cicak hidup.

Dedah Sommai, petua ini merupakan amalan yang diturunkan oleh datuk dan neneknya.

seks

Tembikai dan coklat juga dikatakan mampu meningkatkan libido seseorang. -Gambar hiasan

Jelas Sommai, datuk dan neneknya memberitahu haiwan itu boleh meningkatkan prestasi seksual seseorang.

Selepas mengamalkan petua itu, dia merasakan staminanya benar-benar melonjak setiap kali bersama dengan pasangannya.

Menolak dakwaan bersikap pengotor, Sommai berkata cicak hidup yang dimakannya masih bersih kerana ia ditangkap di dalam hutan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri perlu tahu 7 makanan tingkat keinginan seks, rajin-rajin makan tembikai yang digelar viagra semulajadi

Jelas Sommai, cicak yang ditangkap dari hutan itu hanya memakan serangga kecil di dalam habitat mereka.

Sommai turut mengesyorkan mana-mana individu yang mahu mencuba petua itu agar membersihkan cicak sebelum menelannya hidup-hidup.

Dalam pada itu, seorang doktor haiwan berkata amalan berkenaan boleh meningkatkan peluang terdedah kepada protozoa yang boleh memudaratkan sistem kesihatan.

Protozoa boleh menjejaskan sistem pencernaan, menyebabkan cirit-birit dan jangkitan pencernaan.

Bagi mana-mana pasangan yang mahu meningkatkan libido, mereka boleh mencuba makanan-makanan seperti tembikai, kacang pine, kacang walnut, stik daging, coklat gelap dan asparagus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain