suria

Kalut nak ‘shopping’ raya, ini 5 tip berguna untuk bawa anak-anak keluar ketika cuaca panas

Ambil langkah berjaga-jaga jika mahu membawa anak keluar ketika cuaca panas. -Gambar hiasan

RAMAI ibu bapa memanfaatkan cuti hujung minggu untuk membawa anak-anak keluar membeli pakaian baharu bagi meraikan Aidilfitri tidak lama lagi.

Di sebalik kemeriahan membuat persiapan lebaran, ramai yang meluahkan rasa bimbang ekoran cuaca panas yang sedang melanda Malaysia ketika ini.

Jadi berikut mStar kongsikan lima tip berguna untuk ibu bapa membawa anak-anak keluar ketika cuaca panas:

1. Elak pakaian tebal

Cuaca panas akan menyebabkan kita mudah berpeluh. Sebagai alternatif, ibu bapa perlu memilih pakaian yang tidak terlalu tebal untuk anak-anak.

Pemilihan fabrik juga penting, elakkan pakaian yang menggunakan fabrik tidak menyerap peluh. Contohnya jersi.

Golongan muda hari ini gemar menggayakan jaket dan hoodie. Justeru ibu bapa perlu menasihati anak-anak agar elak berpakaian sedemikian pada siang hari Ramadan, apatah lagi cuaca ketika ini lebih panas daripada kebiasaan.

People took the opportunity to bring their family members on the weekend for shopping in preparation for the Eid al-Fitr celebration at Sogo shopping center in Kuala Lumpur. — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Persiapan menyambut lebaran makin rancak menjelang 10 Ramadan terakhir. -Gambar hiasan

2. Minum air secukupnya

Jika anda merancang untuk membawa anak-anak keluar pada siang Ramadan, pastikan mereka minum air secukupnya ketika bersahur.

Jika anak anda masih kecil dan tidak berpuasa, jangan lupa bawa air mineral ketika keluar membeli-belah.

3. Keluar awal

Alang-alang dah bangun bersahur, bolehlah suruh anak-anak anda mandi awal dan bersiap untuk keluar. Sebaiknya mulakan perjalanan sekitar pukul 9 atau 9.30 pagi.

Dengan cara ini, anda dapat tiba ke pusat beli-belah seawal pukul 10 pagi. Lebih cepat membeli-belah, lebih cepat anda sekeluarga dapat pulang berehat di rumah.

Malah, anak-anak anda juga pastinya masih bertenaga untuk berjalan-jalan pada waktu pagi.

LAST MINUTE SHOPPING……Part of the huge crowd shopping at 3am on first day of Hari Raya at Masjid India and Jalan Tunku Abdul Rahman.—22/04/2023/S.S.Kanesan/ The Star.

Aktiviti membeli-belah meriah sejak pagi sehingga lewat malam. -Gambar hiasan

4. Jangan bazir masa

Sebagai ibu bapa, anda sepatutnya membuat perancangan awal sebelum keluar. Contohnya, senaraikan kedai atau butik serta barangan yang anda mahu beli.

Dengan cara ini, anda sekeluarga akan lebih fokus untuk melunaskan misi hari itu.

Jika keluar tanpa perancangan, anda perlu meninjau dari kedai ke kedai sehingga mengambil masa yang lama, sekali gus membuatkan anak-anak mula rimas.

5. Elak kawasan terbuka

Sebaiknya bawalah anak-anak membeli-belah di dalam pusat beli-belah yang dilengkapi pendingin hawa pada waktu siang hari.

Jika mahu berjalan-jalan di tapak jualan bawah khemah, sebaiknya bawa anak-anak pergi pada waktu malam kerana cuacanya yang lebih dingin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain