suria

7 cara atasi Monday Blues, cari semula mood bekerja lepas cuti panjang... Salah satunya elak dekati individu narsisistik

Monday Blues membuatkan individu berasa keletihan mental dan emosi untuk bekerja.

TEKANAN, kebimbangan dan keletihan emosi pada Isnin atau hari pertama seseorang itu mula bekerja selepas cuti panjang dikenali sebagai sindrom Monday Blues.

Biasanya kesan tersebut boleh berlarutan sehingga berhari-hari sedangkan Isnin merupakan hari yang sama sahaja dengan hari-hari lain.

Seorang pempengaruh, Tatty Hassan meluahkan perasaannya yang baru memulakan harinya pada Isnin.

"Hari ni adalah Monday Blues paling dasyat sekali," tulisnya menerusi ciapan di X.

A women driving while using a mobile phone. Traffice police will strictly enforce the law againtsmotorists caught using their handphone while driving.(17/7/2023). —AZHAR MAHFOF/The Star

Sindrom Monday Blues terjadi selepas anda bercuti dalam tempoh masa lama.

Ternyata, ramai netizen memberi respons terhadap hantaran dibuat dengan meluahkan rasa yang sama seperti dialami Tatty.

Bagi mereka yang mungkin mempunyai perasaan ini, Public Health Malaysia (PHM) menyenaraikan tujuh cara boleh dilakukan untuk mengembalikan mood selepas anda bercuti panjang.

1. Rancang kembali tugas-tugas

2. Lakukan kerja mudah dahulu sebelum tugasan besar

3. Berkongsi cerita pengalaman raya

4. Jauhi individu narsisistik

5. Senyum jangan tunjuk tiada mood

6. Jangan buat keputusan besar

7. Rancang jamuan sempena hari raya

Semoga dengan kaedah ini dapat mengurangkan perasaan Monday Blues yang boleh memberi kesan mendalam terhadap kualiti kerja atau pembelajaran seseorang.

Walaupun Monday Blues ini benar-benar berlaku tetapi untuk sesetengah individu mereka 'mengada-ngada' dengan menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak bekerja atau belajar bersungguh-sungguh seperti yang sepatutnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain