MEMILIKI pasangan hidup bukanlah sekadar untuk mengisi kekosongan hati tetapi mengajar kita untuk menerima kelebihan serta kekurangan seseorang. Sebenarnya, menjalinkan hubungan dengan seseorang itu memerlukan komitmen tinggi apatah lagi jika kita berhasrat untuk berkahwin dengannya. Namun, ada juga dalam kalangan kita yang memilih untuk menjalani hidup sendirian kerana takut untuk memberikan komitmen terhadap seseorang. Jadi, golongan yang takut untuk hidup berpasangan ini mungkin mempunyai masalah dikenali sebagai Gamophobia. Ramai takut untuk meneruskan hubungan dengan lebih serius. Menurut Public Health Malaysia (PHM), Gamophobia adalah perasaan takut untuk berkahwin, berpasangan dan berkomitmen. Walaupun individu Gamophobia ini menyukai seseorang dalam diam tetapi perasaan itu tiba-tiba hilang kerana takut jika diajak untuk mempunyai hubungan lebih serius. Terdapat empat punca seseorang mempunyai Gamophobia: 1. Melalui pengalaman ibu bapa bercerai. 2. Hati tertutup selepas dikecewakan. 3. Pengalaman gagal dalam hubungan atau perkahwinan sebelum ini. 4. Sosial dan budaya yang terlalu tegas atau tiada peluang untuk memilih. Sesetengah individu memilih untuk putuskan hubungan secara tiba-tiba. Terdapat empat perkara boleh dikenalpasti sekiranya anda memiliki Gamophobia 1. Rasa cemas apabila melihat pasangan bahagia. 2. Alami kerisauan melampau semasa menjalinkan hubungan. 3. Sentiasa bimbang tentang hubungan itu bakal berakhir. 4. Putuskan hubungan secara tiba-tiba. Dalam pada itu PHM turut memberi saranan kepada individu yang mempunyai masalah dinyatakan untuk mendapatkan rawatan segera. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube