DIABETES semasa hamil atau diabetes dalam kandungan (Gestational Diabetes Mellitus/GDM) merupakan satu keadaan dialami wanita mengandung yang tidak menghidap kencing manis tetapi dikesan mempunyai paras glukosa darah lebih tinggi daripada normal. Para ibu yang pernah melaluinya semasa kehamilan pertama pasti berasa bimbang jika perlu berhadapan situasi sama bagi kehamilan seterusnya. Maklumlah, selain perlu menjaga pemakanan bagi mengelakkan bayi dalam kandungan bersaiz besar, rutin pemeriksaan kesihatan juga semakin kerap. Bayi yang bakal lahir turut mempunyai risiko masalah kesihatan seperti masalah pernafasan, kadar glukosa rendah mahupun bayi lahir mati. Kandungan gula dalam darah ibu GDM adalah tinggi. -Gambar hiasan Bagi anda yang ingin mengelak situasi tersebut, bolehlah mencuba tip daripada perunding kesihatan dan kecantikan wanita, Karthigah Saker ini. 1. Pastikan waktu makan dan minum teratur walaupun sekadar buah-buahan. 2. Jangan ambil makanan yang tinggi gula termasuk buah semasa perut kosong atau sedang lapar. 3. Kurangkan pengambilan makanan manis atau tinggi gula kerana kandungan gula tersebut akan terus masuk ke dalam saluran darah. Keadaan yang berterusan akan menyebabkan gula dalam darah meningkat. 4. Jaga urutan makanan setiap hari. Pastikan makan makanan tinggi fiber terlebih dahulu diikuti pengambilan protein dan karbohidrat. 5. Elakkan makan tiga atau empat jam sebelum tidur. 6. Kurangkan minum jus buah tanpa serat terutama ketika perut kosong. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube