MIKROPLASTIK ialah partikel-partikel plastik yang dijumpai dalam alam sekitar selepas berlakunya penguraian. Partikel tersebut pula datang daripada pelbagai sumber, termasuk kosmetik, pakaian, dan proses industri. Bersaiz halus, kurang daripada lima milimeter membuatkan ia tersebar luas di lautan, tanah, udara termasuklah tubuh manusia. Malah, sebelum ini mikroplastik pernah dikesan di dalam plasenta wanita hamil. Berdasarkan kajian baharu yang dijalankan profesor dari Universiti New Mexico, Xiaozhong John Yu, mikroplastik telah dikesan di dalam testis manusia dan anjing. Dapatan tersebut diperoleh menerusi ujian ke atas 47 ekor anjing dan 23 manusia yang kemudian diterbitkan dalam jurnal Toxicological Sciences. Kebanyakan konsentrasi mikroplastik pada jaringan testis anjing adalah 12,263 mikrogram per gram jaringan, manakala konsentrasi pada jaringan testis manusia adalah 32,844 mikrogram per gram. Bagaimanapun, pengkaji tidak dapat menghitung jumlah sperma dalam sampel manusia namun berdasarkan pengiraan pada sampel anjing, hasilnya menunjukkan kadar polimer plastik sintetik yang lebih tinggi berbanding sperma. Ia berikutan sumber tadi melepaskan banyak bahan kimia yang mengganggu spermatogenesis dan menyebabkan gangguan endokrin. - Kumparan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube