suria

Makin ramai buat bahan mentah frozen! Ikut saja cara ini... Terbukti jimat masa, tak payah lama memasak di dapur

Teknik sejuk beku bahan mentah memang memudahkan golongan ibu.

MENYEDIAKAN bahan mentah dan kelengkapan untuk memasak memang melecehkan terutama jika kita dalam keadaan tergesa-gesa.

Selepas berhempas pulas menyediakan bahan mentah, para ibu perlu meluangkan masa untuk memasak pula dan selepas itu proses mengemas.

Bagi memudahkan urusan memasak dan menjimatkan masa, apa kata para ibu menggunakan teknik sejuk beku seperti perkongsian Masok Gapo Tu.

Menerusi kaedah ini, bahan mentah boleh disimpan berbulan-bulan dan mudah digunakan untuk memasak pada bila-bila masa.

1. Ambil halia atau apa sahaja bahan mentah yang ingin disejuk bekukan, kupas kulit dan basuh sehingga bersih.

2. Kemudian hiris mengikut kebiasaan bahan mentah tersebut digunakan untuk memasak.

3. Tus air dan keringkan menggunakan tisu.

4. Bahan mentah tadi disusun di atas pinggan dengan menjarakkan antara satu sama lain dan masukkan ke dalam peti sejuk di ruangan beku selama dua jam.

5. Selepas dah beku dan menjadi seperti ais, keluarkan bahan tadi dan leraikan satu per satu.

6. Terus masukkan ke dalam bekas lain atau beg berzip dan kembali simpan di ruangan beku.

7. Apabila ingin digunakan, hanya ambil sahaja jumlah yang ingin digunakan tanpa menyahbekukannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain