suria

Matcha semakin jadi kegilaan ramai... Bukan sekadar sedap, ketahui 5 manfaatnya terhadap kesihatan

Minuman berasaskan matcha kini jadi kegilaan ramai. -Gambar hiasan

MATCHA bukan sahaja enak dijadikan sebagai minuman, malah ia juga digunakan untuk pelbagai bahan makanan seperti biskut dan kek,

Seperti dilaporkan oleh Eating Well, di sebalik rasanya yang unik, teh hijau iin mengandungi beberapa sebatian yang bermanfaat bagi kesihatan.

Manfaat kesihatan dari matcha:

1. Meningkatkan fungsi otak

Selain menjadi sumber L-theanine yang sangat baik, matcha juga mengandungi sedikit kafein. L-theanine dan kafein dapat meningkatkan daya ingatan dan kewaspadaan mental.

L-theanine dapat membantu mengelakkan perasaan gelisah dan cemas yang muncul akibat pengambilan kafein, serta meningkatkan perasaan relaks.

Matcha juga dapat membantu mengurangkan stres oksidatif, yang dapat merosakkan neuron di otak dan berkaitan dengan penurunan kognitif dan gangguan memori.

file7ahi2b9lnfnl6h284r9

Perisa matcha turut diadun dalam pelbagai menu pastri. -Gambar hiasan

2. Mengurangkan risiko kanser

Matcha dapat membantu mengurangkan risiko kanser dengan menghentikan pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan stres oksidatif, yang meningkatkan risiko kerosakan DNA dan pembentukan tumor.

3. Menjaga kesihatan usus

Menghirup teh matcha secara teratur baik untuk usus.

Epigallocatechin gallate (EGCG) dalam matcha membantu menyokong kesihatan usus dengan menangkal bakteria berbahaya dan mendorong pertumbuhan bakteria bermanfaat dalam usus.

4. Membantu mengurus kadar gula darah

Matcha dapat membantu menurunkan kadar glukosa darah melalui kemampuannya untuk meningkatkan sensitiviti insulin.

Matcha juga adalah minuman rendah kalori dengan kandungan vitamin dan mineral yang sangat sedikit.

Namun, matcha mempunyai sumber sebatian bioaktif yang signifikan, termasuk L-theanine, quercetin, katekin, kafein, dan klorofil. - Kompas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain