PERNAHKAH anda berdepan situasi di mana orang yang sakit tenat tiba-tiba kembali sihat, namun pergi buat selama-lamanya tidak lama kemudian? Fenomena terminal lucidity atau kejernihan terminal ini paling kerap dialami pesakit yang mengalami gangguan otak atau sistem saraf dan gangguan psikiatri untuk masa yang lama. Lebih teruk sehingga tidak dapat mengenali orang, bercakap dengan jelas atau menjalankan aktiviti biasa. Ketika mereka kembali sihat, pesakit-pesakit ini akan mengingati orang sekeliling, mula berselera untuk makan dan bertutur seperti biasa. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. -Gambar hiasan Namun biasanya, mereka akan kembali tenat tidak lama kemudian, lalu terus meninggal dunia. Fenomena kejernihan terminal ini juga biasanya berlaku kepada pesakit yang mengalami gangguan otak yang teruk, seperti strok dan tumor otak. Sejarah Istilah kejernihan terminal diperkenalkan oleh seorang penyelidik dan ahli biologi Jerman bernama Michael Nahm. Kejernihan terminal ditafsirkan sebagai fenomena kembalinya 'kejelasan' secara tiba-tiba kepada fikiran seseorang sebelum kematian. Warga maya turut berkongsi pengalaman berdepan fenomena itu. Sehingga kini, sebenarnya tiada penjelasan logik mengenai kejernihan terminal. Namun, fenomena ini sedang dikaji dan masih menjadi perdebatan dalam kalangan pakar. Satu kajian mendedahkan kejelasan terminal boleh bertahan dari beberapa minit hingga beberapa hari. Ramai juga yang beranggapan kejernihan terminal adalah anugerah yang diberikan Tuhan dan boleh digunakan sebagai peluang untuk mereka yang terdekat meluangkan masa bersama pesakit buat kali terakhir. - Alodokter. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube