suria

Baru tahu ada cara nak nak goreng bendi supaya tak berlendir... Rupanya ’seteru’ dengan air!

Masakan sayur bendi boleh jadi berlendir jika tidak kena caranya.

SAYUR bendi sesuai dimasak dengan pelbagai cara serta digemari rata-rata masyarakat.

Namun segelintir individu kurang meminati sayur bendi kerana teksturnya yang berlendir apabila sudah dimasak.

Melalui satu perkongsian di laman Facebook oleh Norwaliza Abdul Wahab, ada dikongsikan petua supaya masakan sayur bendi terasa kering dan rangup apabila dimakan.

"Saya dapat ilmu ni daripada seorang cef dekat TikTok, ini rahsianya. Memang cantik kejadian," ujar Norwaliza Abdul Wahab.

Bahagian dalam sayur bendi. -Gambar hiasan

Menurut Norwaliza, sayur bendi perlu dhindari daripada terkena walau setitis air sebelum dan ketika sedang dimasak.

"Jadi ini cara saya, sayur bendi tu saya akan potong betul-betul sebelum nak masuk kuali. Untuk basuh bendi pula, saya hanya lap guna tuala kertas, jangan bilas dengan air sebelum nak potong.

"Waktu nak tumis pun saya tak akan masukkan air, saya hanya guna bawang putih dan telur sebagai perencah.

"Dan hasilnya memang cantik, paling penting sayur bendi dengan air tak boleh 'berkawan'," jelas Norwaliza.

Maklum balas netizen

"Ya betul, saya sahkan keberkesanan tip ini. Anak saya yang pada awalnya rasa geli dengan bendi pun boleh terus jatuh cinta.

"Bahagian dalam bendi tu yang sensitif, terkena air sikit boleh terus jadi berlendir.

"Kulit bendi sendiri tiada masalah, jadi kalau nak basuh awal-awal guna air boleh, lepas tu biar kering baru potong untuk masak," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain