AIR pancuran yang deras di rumah pastinya menjadikan sesi mandian dan cucian lebih memuaskan. Namun sesetengah kediaman menghadapi isu tekanan air rendah mengakibatkan air paip yang keluar agak perlahan. Melalui satu perkongsian di laman TikTok oleh Morsy Construction, ada dikongsikan petua untuk melajukan semula air paip di rumah anda. "Perkara ini terjadi sebab ada 'angin' di dalam saluran paip atau dikenali sebagai air lock," ujarnya. Ayuh kita lihat jalan penyelesaian yang dikongsikan. Langkah pertama dalam solusi ini adalah untuk membuka kepala paip. Menurut Morsy Construction, bidet paip perlu dibuka supaya udara yang terperangkap di dalam saluran dapat dikeluarkan. "Apabila bidet paip dah dibuka, kita biarkan 'angin' di dalam saluran paip untuk keluar. Pada mulanya air akan keluar dengan tidak sekata. "Selepas beberapa minit air mula memancut dengan laju, maksudnya tekanan di dalam paip sudah stabil. Kita juga boleh gunakan jari untuk korek di dalam paip kalau ada benda yang menghalang aliran air. "Satu lagi ikhtiar, boleh juga tukar kepala paip (bidet) baharu yang mempunyai salur masuk lebih besar ," jelas Morsy Construction. Maklum balas netizen "Terima kasih sudi kongsi tip, dah cuba hari tu, air rumah boleh jadi laju balik, best mandi macam dalam taman tema air. "Kadang-kadang tu air daripada bekalan utama yang perlahan, boleh cuba pasang pam dekat luar rumah untuk bantu," demikian kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube