suria

Ramai nak cuba air tin viral, lepas minum terus mengantuk... Tapi ada 2 lagi opsyen jimat, bantu kurangkan insomnia

Minuman dalam tin ini tular selepas seorang individu berkongsi ulasannya di platform X.

PERKONGSIAN seorang individu mengenai sejenis minuman dalam tin yang didakwa membantunya untuk tidur dengan mudah meraih perhatian ramai di platform X.

Menerusi perkongsian yang meraih 2.4 juta tontonan itu, individu berkenaan berkata minuman tersebut boleh dibeli di kedai serbaneka pada harga RM9.90 setin.

"Aku tak ada isu susah nak tidur, saja cuba. Aku minum sebelum tidur dan main telefon, tapi dia punya 'pergi' mengantuk tu, aku terus letak telefon.

"Kau rasa lebih relaks nak tidur. Badan ringan dan rasa solid sleep, esok pagi kau bangun selesa. Tak manis, just nice dan tak carbonated," ujarnya.

airr

Reaksi pelayar X mengenai minuman tular itu.

Ramai pelayar X meluahkan hasrat untuk mencuba sendiri keberkesanan minuman berkenaan.

Namun, ramai juga yang merungut ekoran harganya yang mencecah RM9.90 setin.

Bagi anda yang menghadapi masalah tidur namun tidak mempunyai bajet untuk membeli minuman berkenaan, sebenarnya ada banyak lagi opsyen lain yang boleh dicuba.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Derita insomnia antara punca kemurungan dan ‘anxiety’, ketahui tip dapat tidur lena

Menurut laman sesawang Healthline, kacang badam atau almond boleh membantu meningkatkan kualiti tidur.

Ia mengandungi vitamin B dan magnesium, yang boleh membantu menggalakkan tidur yang lebih baik.

Posing pictures of Insomnia or Sleeping Disorder. (JULT 2 2023) — ART CHEN/The Star

Masalah tidur boleh mengganggu jadual harian kita. -Gambar hiasan

Mengambil jumlah magnesium yang mencukupi dipercayai boleh meningkatkan kualiti tidur jika anda mengalami insomnia.

Selain itu, teh chamomile juga mempunyai beberapa ciri unik yang boleh membantu meningkatkan kualiti tidur.

Teh chamomile mengandungi apigenin. Antioksidan ini mengikat reseptor tertentu dalam otak anda yang boleh menggalakkan rasa mengantuk dan mengurangkan insomnia.

Kajian pada tahun 2017 ke atas orang dewasa yang lebih tua mendapati mereka yang mengambil 400 miligram (mg) kapsul oral chamomile dua kali sehari selama empat minggu tidur lebih baik berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain