LEBIHAN atau baki makanan sememangnya sayang nak dibuang kerana dianggap satu bentuk pembaziran. Justeru, ramai sudah terbiasa menyimpan makanan tersebut dan memanaskannya kembali di kemudian hari apabila hendak dimakan. Namun, melalui satu hantaran di laman Instagram oleh @jurussehatrasulullah, dia berkongsi beberapa makanan yang tidak digalakkan untuk dipanaskan semula kerana boleh membawa risiko kesihatan. Makanan yang dimakan perlulah membawa khasiat kepada tubuh. -Gambar hiasan 1) Telur Telur yang sudah dimasak sekiranya dipanaskan kembali berpotensi menjadi racun dan seterusnya menyebabkan kerosakan pada saluran pencernaan. 2) Bayam Sayur bayam yang sudah dimasak dan dipanaskan semula akan mengubah zat besi serta nitrat di dalamnya menjadi bahan karsinogenik, iaitu penyebab kanser. 3) Lobak Sama seperti bayam, lobak juga mengandungi nitrat dan akan menjadi racun jika dipanaskan kembali selepas dimasak. 4) Cendawan Walaupun lazat dimakan, tetapi awas kerana cendawan yang sudah dimasak sekiranya dipanaskan kembali akan mengundang risiko kepada sistem penghadaman serta masalah jantung. 5) Ayam Akhir sekali, antara hidangan yang paling kerap dipanaskan semula iaitu ayam. Hidangan ini boleh menyebabkan sesiapa yang memakannya berasa kurang senang pada sistem pencernaan, seperti masalah kembung perut dan sebagainya. Semoga bermanfaat! - @jurussehatrasulullah Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube