PERALATAN dapur yang sentiasa berkilat seperti baharu akan menjadikan seseorang itu lebih bersemangat untuk memasak. Namun kebiasaannya dengan berlalunya waktu, perkakas seperti kuali dan belanga akan mula berjelaga, malah ada yang berkarat. Melalui satu hantaran di laman Facebook, seorang suri rumah sepenuh masa dikenali sebagai Zainun Mamat, berkongsi petua yang digunakannya untuk memastikan periuk di dapur sentiasa bersinar. Menurut Zainun, hasil ketekunan mengamalkan petua tersebut, periuk miliknya masih berkilat seperti baharu walaupun sudah digunakan selama hampir 22 tahun. Ayuh kita lihat bagaimana caranya! Proses membersihkan kuali dengan menggunakan sabun buku. Bahan-bahan: 1) Lebihan sabun mandi (sabun buku) 2) Sabut besi Langkah-langkah: 1) Masukkan sabun buku ke dalam air, lenyekkan sehingga berbuih-buih. 2) Kemudian rendam sabut besi ke dalam campuran sabun tersebut. 3) Seterusnya sental periuk sehingga bersih menggunakan sabut besi berkenaan. Periuk akan menjadi berkilat seperti baru dibeli, pasti sedap mata memandang. Jadi selepas ini sabun buku yang sudah mengecil jangan dibuang, ada manfaatnya di dapur. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Zainun Mamat Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube