suria

2 jenis cangkuk, bentuk hampir sama tapi fungsi berbeza... Ramai silap pilih, langsir jadi tak kemas

Dua cangkuk yang mempunyai fungsi berbeza pada langsir.

LANGSIR merupakan dekorasi penting untuk mencantikkan jendela rumah.

Namun cara pemasangan langsir perlulah betul supaya tidak merosakkan pemandangan bahagian dalam kediaman.

Kebiasaannya, ramai memandang ringan cara pemasangan semula langsir selepas dibasuh, antaranya pemilihan cangkuk yang salah ketika menyangkut langsir pada selusurnya (railing).

Terdapat dua jenis cangkuk yang boleh didapati dalam pasaran dan setiap satunya mempunyai fungsi berbeza.

Jangan tersilap kerana ia akan menyebabkan langsir kelihatan tidak kemas serta tersekat apabila hendak dibuka atau ditutup.

Ayuh kita ikuti perkongsian di laman Facebook oleh Mea Edie yang merupakan seorang perunding hartanah.

Penggunaan cangkuk yang berbeza untuk langsir siang dan malam. -Gambar hiasan

1) Cangkuk langsir jenis atas (nombor satu dalam gambar)

Cangkuk ini khusus untuk langsir siang yang kainnya lebih jarang dan ringan, selalunya diletakkan di bahagian depan selusur.

Langsir ini sangat efektif untuk menapis cahaya matahari supaya rumah tidak terasa bahang serta memberikan sedikit privasi.

Jangan tertukar cangkuk ini dengan jenis cangkuk satu lagi kerana ia boleh mengganggu pergerakan langsir apabila hendak dibuka dan ditutup.

2) Cangkuk langsir jenis tengah (nombor dua dalam gambar)

Cangkuk ini pula adalah khusus untuk langsir malam yang kainnya lebih tebal dan berat, selalunya diletakkan di bahagian belakang selusur.

Langsir ini bertujuan memberikan sepenuh privasi dan menyekat sebanyak mungkin cahaya luar daripada memasuki ruang, barulah suasana malap dan selesa untuk tidur.

Sekali lagi jangan tertukar cangkuknya kerana akan mengganggu kelancaran langsir untuk dibuka dan ditutup.

Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain